Utama > Uncategorized > Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)

Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)


PONTIAN – “Adakah gambar di atas menunjukkan keadaan di Kelantan? Atau di Kedah?,” tanya seorang pemilik laman sosial facebook.

Gambar di atas dirakam ketika Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tanjung Piai, Ghazely Ayub mengadakan aktiviti kebajikan dengan menyampaikan sumbangan kepada penerima daripada golongan berpendapatan rendah di Parlimen Tanjung Piai.

Adakah benar dakwaan yang mengatakan di mana UMNO kuat di situ Melayu merempat?. Pertanyaan ini kami tinggalkan untuk anda menilainya.

 

JOHOR BAHRU – Mohamad Nazri Ismail, Ketua AMK PKR Johor merakamkan ucapan Selamat Hari Raya buat seluruh rakyat Malaysia amnya dan Johor khasnya.

“Dengan rasa rendah hati dan sempena Syawal yang bakal menjelang tiba, saya mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan andai ada perlakuan atau perucapan yang melukakan hati kalian. Maaf Zahir & Batin.

“Ucapan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua kenalan. Yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya. Perbanyakan zikirullah semasa dalam perjalanan. Mudah2an ALLAH swt melindungi diri anda dari sebarang kecelakaan,” katanya lagi.

 

PONTIAN – Dewan Muslimat PAS Pontian turut tidak ketinggalan ingin menitipkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam.

“Kami Dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Pontian,Johor Ingin MenGucapkan SeLamat hari Raya Aidilfitri MaaF Zahir Batin 1433H.

“Apαbilα Allαh mencintαi seorαng hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα” kata jurucakapnya yang dihantar kepada ibn_bacoks, semalam.

 

MUAR – Dr Mohammad Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani memberitahu pihaknya telah menyertai Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Surau Ad-Din, Jalan Abdul Rahman, dekat sini, semalam.

“Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Surau Ad-Din, Jalan Abdul Rahman, PT Pt. Besar, Jalan Abdul Rahman, Jumaat 17 Ogos 2012, malam 29 Ramadan 1433H,” katanya lagi.

 

MERSING – Ustaz Azam Razak, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau melaporkan majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan sempena eidil fitri kepada golongan kurang berkmampuan dari kalangn ibu tunggal peringkat Zon Mersing diadakan di Markaz Darul Taqwa Air Merah.

“Seramai 80 orang penerima. Sumbangan berupa barangan asas, kuih dan sedikit duit raya,” katanya lagi.

 

 

LABIS – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tenang, Hj. Md Zin Johar menyantuni menyantuni masyarakat sekitar yang perlukan keprihatian dari yang berkemampuan.

“Alhamdulillah! Pagi tadi sempat bersama dgn Tuan Hj Md Zin Johar, Penyelia Par Dun Tenang dan Sdr Mohd Najib Bin Asaddok menyantuni masyarakat yg perlukan keperihatian dari yang berkemampuan,” kata jurucakapnya.

 

KULAIJAYA – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor bergambar bersama aktivis parti di hadapan pintu masuk Felda Bukit Ramun dekat sini, yang merupakan salah satu kubu terkuat UMNO di negeri ini.

Soalnya, adakah dengan kejayaan memacak signboard PAS di situ petanda keruntuhan tembok jolokan darul UMNO akan diterjemahkan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti. sama-sama kita saksikan.

 

JOHOH BAHRU – Buat julung-julung kalinya Jabatan Amal Negeri Johor bersua di alam maya dengan menghantar ucapan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam.

“Semua yang mengenali dan menyokong kerja-kerja Jabatan Amal dan paling tidak dilupakan ahli-ahli Jabatan Amal yang selama ini menjadi tulang belakang dalam gerak kerja Jabatan Amal,” kata Pengarahnya, Mohamad Zaki Abdul Kadir yang dihantar kepada ibn_bacoks semalam.

 

 

JOHOR BAHRU – “Alhamdulillah, masyarakat Cina sudah terima PAS di Johor,” demikian respon ringkas pemilik akaun facebook Muhammad Hanif yang berkongsi cerita bagaimana pertemuannya dengan masyarakat Tiong Hua berjalan dengan suasana harmoni.

“Berkongsi idea dgn masyarakat cina dalam politiK. Uncle Pool antara orang Cina yang sokong kepimpinan PAS Pasir Gudang. Dialah antara org Cina yang banyak support dari segi kewangan dan sokongan,” katanya lagi.

 

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: