Arkib

Archive for September 2012

Johor Ada Potensi Untuk Perubahan – Hu Pang Chau

September 30, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Wawancara eksklusif antara Ibn_bacoks dengan Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat selepas menghadiri satu majlis di Pontian dalam rangka lawatannya ke Johor baru-baru ini.

Advertisements
Kategori:Uncategorized

Edar Tanglong : Masyarakat Cina Beri Respon Positif

September 29, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Bagi berkongsi kegembiraan dengan masyarakat Cina sempena dengan perayaan tanglong, PAS Benut telah mengadakan program XPDC edar tanglong dan risalah di tapak Pasar Lambak, Benut, dekat sini, semalam.

Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat Tionghua amat baik dan rata-rata yang ditemui menyatakan komiten untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum (PRU) nanti.

“Operasi menyantuni masyarakat Cina dalam program Tanglong sekitar pasar lambak Benut. Saya bersama rombongan Dewan Himpunan PAS (DHPP) Pontian pagi ini.

“NASIR Prayitno Thum, Exco Pemuda PAS Johor telah mengiringi saya menyantuni masyarakat Tionghua dengan pemberian tanglong dan edaran risalah. Kehadiran beliau amat membantu memperkenalkan dan mendekati kerana berkebolehan bercakap Cina.

“Yang menarik sekali,┬ábendera PAS dikibarkan Teo Ah Seng di tengah-tengah tapak pasar lambak telah menarik perhatian ramai. Ada suara-suara kedengaran rasa taajub dengan kesediaan orang Cina bersama PAS tanpa rasa segan dan kekok,” katanya lagi.

Terdahulu, peserta rombongan PAS Benut terserempak dengan rombongan Yb Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian yang kebetulan turut sama berada di situ untuk program yang berasingan.

Kategori:Uncategorized

Demo Filem Hina Nabi : BP Turut Terima Tempiasnya

September 29, 2012 Tinggalkan komen

BATU PAHAT – ”Saya seru kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik turut sama membantah tindakan yang mencemarkan imej Islam,” demikian suara Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor yang menggegarkan persekitaran Masjid Sultan Ismail, Dekat sini, semalam.

Aminolhuda berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan lebih 200 jemaah seusai solat jumaat pada perhimpunan membantah filem Innocence Of Muslim di sini.

Hadir sama, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Terdahulu, majlis turut diserikan dengan pelbagai ucapan daripada pemidato seperti Khairul Faizi dan Suhaizan serta diakhiri dengan doa oleh Ustaz ZulHelmi Rohani kira-kira jam 2.30 petang.

Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata, PAS mendesak kerajaan Amerika mengambil tindakan terhadap penerbit filem terbabit.

Katanya, penghinaan sebegitu rupa telah mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Manakala pihak yang bertanggungjawab itu harus dipersalahkan kerana dianggap mempermain-mainkan agama.

”Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, kami menentang sekeras-kerasnya tindakan itu kerana ia sesuatu yang sensitif,” katanya lagi.

PAS negeri sebelum ini turut mengadakan siri bantahannya seperti minggu lepas di Johor Bahru yang mana ia turut dihadiri daripada kalangan orang bukan Islam.

Kategori:Uncategorized Tag:

Dialog Dengan Cina : Nasir Berdakwah dI Benut

September 29, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Nasir Pryitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Johor dijemput untuk berdialog santai bertemu masyarakat Cina di Benut baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

JKM Tak Mesra Pelanggan?

September 29, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Banyak pihak menyuarakan kekesalan berhubung layanan yang diterima ketika berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) didakwa tidak mesra pelanggan.

Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor ketika menceritakan pengalamannya turut mempersoalkan ‘adab’ yang dimiliki oleh beberapa pegawai agensi kerajaan terbabit yang kurang menepati ciri-ciri masyarakat Timur.

”PAR Permas pagi ini membantu satu keluarga India Taman Megahria untuk mendapatkan bantuan JKM.

”Kami PAR permas amat kesal dengan layanan dari kakitangan JKM yang tidak mesra dalam berurusan dengan warga yang tidak berupaya ini. Manakah adat kesopanan dan mesra Rakyat!!!

”Mana dia slogan yang digunakan oleh agency kerajaan dalam berurusan dgn rakyat!!!!Ingat wang gaji yang diperolehi adalah dari wang rakyat,” katanya lagi dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Ibn bacoks, semalam.

Sementara itu di Pontian pula insiden yang sama berlaku ketika Mohmad Ismail, pembantu Penyelia PAR Benut datang berurusan di agensi yang sama terpaksa ‘berputih mata’ kerana layanan dan jawapan yang mengecewakan telah diterima.

”Saya datang untuk menguruskan bantuan seorang OKU (orang kurang upaya). Bila saya nak minta borang, dia (pegawai) itu kata, kena bawa sekali orang yang mahukan bantuan. Tidakkah ini menzalimi dan menyusahkan.

”Sepatutnya, karenah birokrasi sebegini tidak wujud dalam agensi kerajaan. Tak mesra pelanggan langsung,” kesalnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR Benut Desak Projek Sekolah Agama Dibina Segera

September 28, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang mendesak pihak pemaju dan wakil rakyat kawasan ini meneruskan projek pembinaan Sekolah Agama Sanglang dekat sini yang didakwa terbengkalai.

Desakan ini dibuat bagi mengurangkan ketidak selesaan anak-anak penduduk untuk mengikuti pembelajaran memandangkan hingga hari ini ia menumpang di sekolah kebangsaan.

Kategori:Uncategorized

Khidmat Guaman Untuk Rakyat Pengerang

September 28, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – PKR Johor telah menyediakan khidmat guaman kepada para penduduk di daerah ini yang terlibat dengan pengambilalihan tanah bagi memberi laluan kepada projek RAPID.

Ketua Biro Guamannya, Jimmy Puah berkata, PKR sudah mengarahkan pihaknya membantu penduduk Pengerang melalui proses guaman dengan dibantu oleh Naib Pengerusinya, Hassan Karim yang juga seorang peguam.

”ini termasuk mengfailkan saman atas sebab 4 tanah perkuburan dan beberapa kuil dalam proses pemohonan sebagai warisan, membantu 15 pemilik tanah mengfailkan semakan kehakiman dan injunksi interim, dan membantu 126 nelayan kerana kehidupan mereka terpengaruh oleh penambakan laut.

”Penduduk yang menghadiri perbicaraan oleh Pejabat Tanah mesti membalas dalam masa 6 minggu samada mereka terima pampasan atau tidak.

”Penduduk yang tidak puas hati mesti isi Borang N dan menyenaraikan sebab mereka. Borang N itu harus diserah balik kepada Pejabat Tanah dengan secepat mungkin.

”Terdapat semakin ramai nelayan minta pertolongan kerana kehidupan mereka telah diancam. Sesiapa penduduk Pengerang boleh menghubungi beliau untuk dapat bantuan,” katanya menerusi akhbar Sinchew Daily yang dipetik melalui laman Facebook Keadilan Johor.

Jimmy dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri program Jelajah Seluruh Johor anjuran PKR dekat sini, semalam.

Terdahulu, selain bertujuan memerhatikan keperluan rakyat, PKR juga menggalak-galakkan orang ramai supaya menghadiri “Himpunan Hijau Pengerang” yang dijadualkan pada 30 September nanti.

Hal ini dilakukan supaya mereka menyatakan kebersamaan membantah tindakan kerajaan mengambil alih tanah di sana.

Jelajah itu diketuai oleh Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng termasuk Timbalan Setiausaha Agong PKR Steven Choong, Ahli Jawatankuasa Pusat Dato Tan Kee Kwong, Ketua Biro Guaman PKR Johor, Jimmy Puah, Pengarah Biro Kerajaan Tempatan Negeri, Tan Yen Ming dan Penyelaras NGO Pengerang, En Teo.

Kategori:Uncategorized Tag: