Utama > Uncategorized > Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)

Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)


PONTIAN – Facebook Mtd PAS Benut melaporkan satu program DIALOG dengan masyarakat Cina di Pontian anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Pontian.
Sdr. Nasir  telah menterjemah ke dalam bahasa mandarin pada program ini.

 

 

KUALA LUMPUR – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor melaporkan dalam facebooknya Gen 2 felda dari Tenggaroh Johor turut memeriahkan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka. Walaupun jauh, darah perjuangan membakar semangat!

 

SIMPANG RENGGAM – Facebook Mtd PAS Benut melaporkan MAJLIS Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan (Merdeka Raya) diadakan pagi ini. Pelbagai aktiviti bakal dilangsungkan termasuk sukaneka PASTI serta sumbangan Hari Raya kepada ibu-ibu tunggal. Ustaz Atan Gombang, bakal calon PAS Benut dijadualkan akan menyampaikan cenderahati kepada peserta nanti.

 

 

JOHOR BAHRU – “Janji Demokrasi di Johor saya di beri ruang berucap ringkas Janji Demokrasi….Anjuran NGO,” kata Syed Othman Syed Abdullah, Pusat Aduan Rakyat Johor.

 

 

BENUT – Facebook Mtd PAS Benut melaporkan USTAZ Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut mentahnik Mohd Haikal Danish Mohd Hairul yang berusia dua hari sebentar tadi. Penghormatan ini diberikan selepas program Marhaban ke Unit Peti Undi (UPU) Permatang Duku.

 

 

JOHOR BAHRU – Pemilik Facebook Steven Chong melaporkan, Semua dijemput hadir Perasmian Pembukaan Ranting Puteri Wangsa dan Pusat Servis Komuniti PKR di 28 Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa (dekat Putri Mart) pada 7.30 petang esok, 1hb September 2012. Makanan ringan akan dihidangkan. Tetamu utama adalah YB Tian Chua dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

 

 

PONTIAN – Facebook Mtd Pas Benut melaporkan CERAMAH Pakatan Rakyat di kubu kuat UMNO Kampung Permatang Duku yang pernah merangkul juara Kg Contoh peringkat kebangsaan.

Adakah kampung ini akan menjadi contoh buat kampung-kampung yang lain di Johor bahawa sinar perubahan itu boleh menjelma. Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang dijangka akan menyampaikan ceramahnya malam ini.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: