Utama > Uncategorized > Cipta Sejarah : Marhaban Disertai Kaum Cina

Cipta Sejarah : Marhaban Disertai Kaum Cina


PONTIAN – PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut telah mencipta satu lagi catatan sejarah apabila program Marhabannya turut disertai oleh kaum bukan Islam.

Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, kehadiran kaum Tiong Hwa sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dakwah PAS hanya terbatas kepada kaum Muslim sahaja.

”Pernah Datuk Ahmad Maslan kata, PAS asyik sibuk ceramah siang-malam, tidak berdakwah kepada golongan bukan Islam.

”Malam ini kita bukan setakat nak bagitau mereka, malah kepada MCA bahawa masyarakat Cina sudah tidak kekok lagi bersama PAS dan dapat membuang persepsi buruk yang dilontarkan kepada PAS selama ini,” katanya lagi selepas program Marhaban peringkat DUN Benut di Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, abd Ghani, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pontian, Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Benut, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian. Pn Zabedah, Ketua Dewan Muslimah PAS Pontian.

Sementara itu, Tan Ah Kaw, Ketua DHPP berkata, pihaknya amat kecewa dengan kepimpinan MCA Bahagian ini yang dikatakan tidak turun padang menyantuni komuniti Cina.

Sebaliknya kata Tan lagi, PAS yang selama ini amat sukar untuk dekat dengan kaum itu dilihat terkehadapan memberi kebajikan dan sumbangan tidak kira bangsa dan agama.

”Saya ucapkan syabas buat PAS Pontian kerana berjaya mengumpulkan lebih 50 orang untuk sertai DHPP.

”Kami cukup kecewa dengan tindak tanduk MCA yang tak pernah melawat dan bertanya khabar seperti ibu kepada Tan Ah Chew seperti ini,” katanya lagi.

Pada program yang sama, satu dialog diadakan sebagai memberi kefahaman yang lebih jelas tentang Islam.

Nasir Pratyitno Thum, Ketua Lajnah Peroaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor diundang dan bertindak sebagai pentermah ke dalam bahasa mandarin.

Ibn bacoks difahamkan, program marhaban telah diadakan pada setiap malam dalam bulan Syawal ini di sekitar DUN tebabit.

Terdahulu, Ustaz Atan turut menyampai sumbangan kepada Tan bagi meringankan beban yang dihadapinya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. September 8, 2012 at 4:35 pm

    Syabas kepada pas, merubah persepsi ra’ayat yang bukan islam dan juga islam terhadap perjuangan pas untuk ra’ayat dan negara serta dunia. Pakatan adalah pentadbir negara akan datang, takbir.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: