Utama > Uncategorized > PR Menang Round 1 Kempen ‘Tolak EDL’

PR Menang Round 1 Kempen ‘Tolak EDL’


JOHOR BAHRU – “Keputusan kerajaan untuk mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru adalah sebahagiannya, sekurang-kurangnya disebabkan oleh tekanan dari maklumat salah disebarkan oleh pembangkang,” kata Ahli Parlimen Pulai dari UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Juru cakap pemilik laman sosial dalam satu kenyataan menyebut,langkah beberapa pihak dalam rakan Pakatan Rakyat mengatur kempen ‘Tolak EDL” nyata membuahkan hasil apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada 31 Ogos lepas, mengumumkan keputusan kerajaan membeli EDL yang dibina oleh syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

“Tahniah kepada Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, Timbalan Setiausaha Agong merangkap Pengarah JPRN Johor, Steven Choong, dan Ketua Biro Guaman PKR Johor Jimmy Puah kerana dah menang dalam Round 1 kempen “Tolak EDL” !!!!! Orang ramai yang pergi balik Singapura dapat jimat sekurang-kuang RM6.20 X 2 setiap hari !!!” jelasnya lagi.

Bagaimanapun itu, PKR Johor menyatakan penghargaan kepada semua pihak kerana memberikan kerjasama menjayakan kempen tersebut bagi keselesaan rakyat di negeri ini.

“Ribuan terima kasih kepada DAP Sdr Boo Cheng Hau, Sdr Tan Hong Pin, Sdr Andrew Chen Kah Eng dan ahli-ahil dari PAS juga kerana terus beri bantuan sepanjang kempen ini !!! Lawan tetap lawan !!!,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Ibn Bacoks pada 27 Februari 2012 dalam laporannya menyebut Pengumuman Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor berhubung Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) yang akan dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 1 Mac ini dipercayai adalah disebabkan desakan Pakatan Rakyat (PR) supaya kadar caj tol yang dikatakan membebankan itu dikaji semua.

Kronologi bantahan ini difahamkan bermula daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama 9 badan bukan kerajaan (NGO) lain telah menggerakkan kempen Tolak EDL dengan diketuai oleh PKR Johor.

Spekulasi mengenai cadangan kadar tol EDL itu telah menarik perhatian umum untuk mengadakan bantahan.

Antara yang terlibat termasuklah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Persatuan Penjaja Bergerak Johor Jaya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Persatuan Anak Bangsa Malaysia dan lain-lain lagi.

EDL dipercayai menimbulkan kegelisahan banyak pihak kerana sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM2,90 untuk pergi ke tempat kerja mereka di Singapura.

Namun desas-desus kenaikan itu bertiup kencang apabila kadar itu dikatakan sehingga mencecah RM6,20 menyebabkan pengguna perlu bayar kira-kira RM12,40 sehari bagi laluan EDL sahaja dan ini belum termasuk bayaran tol lain.

Bagaimanapun, Ghani dalam kenyataan pada media sebelum ini menyatakan kadar caj tol berkenaan belum muktamad dan akan diumumkan beberapa minggu lagi.

Manakala pengguna yang melalui lebuh raya tersebut boleh menggunakannya secara percuma sehingga tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Difahamkan, pembukaan lebuh raya itu nanti akan mengurangkan kesesakan jalan di Jalan Tebrau serta memendekkan masa perjalanan dari kawasan Plentong ke Kota Iskandar kepada kurang dari 30 minit.

Dalam pada itu, Ibn bacoks dalam laporannya pada 3 September lepas menyiarkan Langkah kerajaan dalam pemberian projek Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) kepada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) mengundang persepsi baru yang kedudukan pakatan pembangkang semakin teguh, kata Jimmy puah, Ketua Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.

Menurut beliau lagi, jika slogan ‘rakyat didahulukan’ yang dilaung-laungkan BN ingin diterjemahkan maka pemberian itu tidak sepatutnya berlaku.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: