Utama > Uncategorized > PEMUDA Johor Desak Polis Siasat Kematian Chandran

PEMUDA Johor Desak Polis Siasat Kematian Chandran


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mendesak pihak Polis melakukan siasatan terhadap Chandran A/L Perumal yang telah meninggal dunia semasa dalam lokap polis Dang Wangi pada 10hb September 2012.

Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, desakan ini dibuat kerana mendakwa wujud percanggahan maklumat berhubung punca sebenar kematian itu dan ini menimbulkan persoalan bagi pihak keluarga mendiang.

“Mayatnya telah sampai ke Simpang Renggam Johor pada jam 9 malam 11hb September 2012. Punca kematian seperti yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi (Hypertension heart disease) tetapi pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menyatakan punca kematian adalah sakit jantung. Terdapat percanggahan punca kematian Chandran.

“Keluarga simati tidak berpuashati dengan kematian ahli keluarga mereka kerana isteri simati telah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak polis bahawa suami beliau mengidapi penyakit darah tinggi dan perlukan mengambil ubat setiap hari. Pihak polis menyatakan bahawa semua urusan dalam lokap di bawah pengawasannya.

“Malangnya Chandran di dapati meninggal dunia dalam lokap polis. Adik simati Gunalan A/L Perumal mewakili pihak keluarga telah membuat satu laporan polis pada 11hb September 2012, lebih kurang jam 11 malam di Balai Polis Simpang Renggam, Johor,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada ibn_bacoks, hari ini.

Suhaizan yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam menambah lagi, terdapat juga percanggahan waktu kematian Cahandran dimana keluarga dimaklumkan kematian beliau pada jam 10 malam sedangkan dalam daftar kematian dicatatkan kematiannya pada jam 11.55 malam, 10hb september 2012.

“Persoalannya mengapa pihak polis telah memaklumkan kematiannya sedangkan mengikut daftar kematian, Chandran belum meninggal dunia pada waktu tersebut ? Menurut adik simati Gunalan A/L Perumal terdapat luka di dahi dan rusuk Chandran. Keluarga tidak mengetahui dengan jelas punca luka-luka tersebut berlaku,” tanyanya lagi.

Difahamkan, Chandran yang merupakan seorang pemandu lori telah meninggalkan seorang balu dan enam orang anak-anak yang masih kecil dan Keluarganya telah kehilangan mata pencarian disamping memerlukan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak.

“Rakyat Malaysia yang perihatin, marilah kita membantu .” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. ayu adwina
    Mac 5, 2013 at 5:49 am

    Kesian,,anak simati sebaye saya,,darjinni a/p p.chandran,,sayA simpati terhadap mangsa

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: