Utama > Uncategorized > Tindakan Pemimpin UMNO Tutup Tadika Dipersoal

Tindakan Pemimpin UMNO Tutup Tadika Dipersoal


PASIR GUDANG – Tindakan Salah seorang pemimpin UMNO Bahagian ini yang mengarahkan sebuah Tadika ditutup gara-gara pengusahanya menerima sumbangan daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas Jaya dipersoalkan.

“Adakah menjadi satu kesalahan besar menerima bantuan atau sumbangan selain daripada UMNO dan BN? Ini adalah satu pembuatan zalim, tidak adil dan tidak bertamadun kerana ideology politik berbeza kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk mencari ilmu?

“Kenapa setelah beroperasi sekian lama barulah timbul masalah tidak didfaftarkan dan sebagainya? kenapa dulu dibiarkan saja tadika ini operasi tanpa diberi bantuan serta kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin disini?  Baru sekarang UMNO buka mata nak membantu!

“Itu pun setelah PAR PERMAS merintis jalan kebajikan untuk tadika ini dengan niat kerana Allah SWT,” kata Jurucakap PAR Permas yang dihantar kepada Ibn Bacoks semalam.

Abusiraj Almuner, pembantu penyelianya berkata sebagai mengulas laporan akhbar Isu Tadika Permata Islamiyyah di pangsapuri Sri Delima Sri Alam Masai, dekat sini yang mendapat Sumbangan daripada PAR PERMAS diarahkan tutup oleh umno Cawangan sejak 10 september lalu.

Tanpa sebab munasabah, Ketua cawangan UMNO Sri Delima Faizal Sisar dilaporkan mengarahkan tadika tersebut ditutup menyebabkan seramai 42 pelajarnya tidak dapat memasuki bilik darjah kerana pintu bilik darjah dikunci dengan Mangga.

Difahamkan, hal ini dilakukan didakwa kerana Umno cawangan tidak senang dengan kehadiran PAR PERMAS yang telah menyampaikan sumbangan serta bantuan beberapa kali kepada murid yatim dan fakir miskin.

Sementara itu, banyak pihak menyuarakan kekesalan di atas insiden penutupan Tadika terbabit, bagaimanapun Dr Ungu Mohd Noor Ungku Mahmood, penyelia PAR Pulai Sebatang menganggap ia merupakan satu lagi siri kezaliman sang pemerintah bagi tujuan mengekalkan kuasa.
“Gara-gara Penyelia PAR Dun Permas, Syed Othman melawat dan memberi duit raya di Tadika tersebut, diarah tutup dengan mengunci premis berkenaan. Inilah antara kezaliman UMNO sanggup halang apa sahaja yang menjejaskan kedudukan mereka. Ini baru Ketua cawangan UMNO !. Kalau menteri? seperti kenyataan Hishamudddin yang tidak bertanggungjawab terhadap insiden yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat perlu bangkit perbetulkan keadaan ini. Tolak mereka pada Pilihan raya 13,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Normala Sudirman, Penyelia PAR Pemanis berkata insiden ini memberi petanda yang dendam politik telah berlaku dan menyifatkan masa depan anak bangsa diperjudikan dengan campurtangan politik kepartian yang sempit.
“Liputan isu Tadika Permata Islamiyyah di arah tutup oleh UMNO dalam muka depan Sinar Harian hari ini..Hem,Rasa kecewa dan sedih dengan tindakan yang tak bertanggungjawab daripada pihak seperti ini.

“Inilah dia dendam politik..,hingga masa depan anak bangsa diperjudikan dengan campurtangan politik kepartian yang sempit.UMNO yang zalim, tunggulah saat kehancuranmu! Amin Ya Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Nordin
    September 21, 2012 at 7:20 am

    bodoh nya otak org UMNO sekarang ini

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: