Utama > Uncategorized > Ceroboh PASTI : Pemikiran Sempit – Mazlan

Ceroboh PASTI : Pemikiran Sempit – Mazlan


image

KULAIJAYA – ”Ini adalah soal keselamatan kami. Janganlah sampai mahu merosakkan harta dan milik kami. Tidak perlu sempit pemikiran seperti ini,” demikian penegasan Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian songsang individu tidak bertanggungjawab yang menceroboh, merentap kain rentang dan menumbangkan papan tanda di premis Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Taman Aman, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang sama, satu ugutan turut diterima daripada mangsa yang juga seorang guru oleh individu yang dikenali.

Mazlan berkata, bimbang dengan keselamatan mereka, pihaknya telah membuat laporan polis berhampiran agar siasatan susulan dapat dilakukan dan tindakan drastik diambil.

”Ini adalah kejadian pertama seumpama ini terjadi. Kami tidak melakukan aktiviti yang tidak bercanggah. Premis ini adalah pusat pendidikan milik PAS yang berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dipantau oleh Jabatan Pelajaran.

”Saya tidak pasti individu tersebut tidak tahu atau buat-buat tidak tahu. Mana boleh ceroboh sesuka hati dan buat tindakan sendirian atau dia sengaja mahu mengatasi undang-undang,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat berkata, sekiranya pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.

”Sya minta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara seperti ini tidak berulang. Kita juga berfikiran terbuka, jika tidak berpuas hati tidak perlulah buat ugutan seperti ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, insiden ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan pusat pendidikan pra sekolah yang diganggu gara-gara campur tangan politik pihak tertentu di negeri ini.

Terdahulu, sebuah Tadika di Pasir Gudang diarah tutup oleh pihak tertentu kerana didakwa tidak senang dengan guru terbabit yang menerima sumbangan daripada parti pembangkang awal minggu ini.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: