Utama > Uncategorized > Budaya Ganggu Ceramah Makin Menjadi-jadi

Budaya Ganggu Ceramah Makin Menjadi-jadi


image

KOTA TINGGI – Budaya mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini semakin menjadi-jadi dan ia membawa kepada satu kebimbangan yang serius, demikian kata Onn Jaafar, Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Johor.

Terbaru, satu lagi siri provokasi pihak tertentu dikesan telah menggangu ceramah yang di adakan di Sedili, dekat sini, 9 September lalu.

Onn yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS johor berkata, perkara itu mencetuskan kemarahan dan dilihat serius kerana pihaknya telah mendapat permit sah bagi menjalankan program itu, 10 hari sebelum majlis seperti ketetapan yang diperlukan pihak berkuasa.

”Difahamkan majlis ramah mesra Aidilfitri dan ceramah itu diadakan jam 9.30 malam dihadiri 40 orang bagaimnanapun 15 minit kemudian datang sekumpulan lelaki yang berselindung yang mengeluarkan kata-kata provokasi.

”Dianggarkan mereka ini hampir 50 orang yang mengganggu majlis itu akhirnya satu laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Tinggi oleh Azmi Abu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Tinggi.

Mengulas lanjut, Onn meminta pihak berkuasa melakukan siasatan penuh kerana melihat insiden ini suatu budaya yang tidak sihat lebih-lebih lagi menjelang Pilihan raya Umum (PRU) 13.

”Kita mahu budaya bersih yang adil di mana semua pihak menghormati pilihan masing-masing dan ceramah seperti ini tidak perlu dihalang kerana ia mengikut prosedur dan saluran yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: