Utama > Uncategorized > MCA Didakwa Tidak Layan, PAR Pula Dirujuk

MCA Didakwa Tidak Layan, PAR Pula Dirujuk


image

PONTIAN – Sebuah keluarga besar yang terdiri daripada kalangan warga emas berbangsa Tionghua di Taman Mahkota, Benut, dekat sini mengalami masalah ketiadaan Mykad sejak dilahirkan.

Goh Ah Tew, 74, berkata, dia bersama adik beradiknya yang tinggal dalam sebuah rumah kesemuanya gagal memperolehi Mykad meskipun pelbagai aduan sudah dilakukan di merata tempat.

Malah, aduannya itu didakwa telah diajukan kepada bekas menteri dari MCA malangnya, jawapan yang diberikan amat mengecewakan.

Berikutan dengan masalah yang dihadapinya ini, mereka gagal mendapatkan sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas alasan tidak berkelayakan.

”Mak saya ada kad pengenalan. Entah macam mana kami adik beradik tidak dibuatnya. Biasalah orang dulu-dulu, mana dikisahkan.

”Kami tiada pekerjaan tetap. Pendapatan tidak menentu. Tambahan pula, adik saya Ah Seng, 54, cacat sejak kecil.

”Kami sudah ajukan kepada ramai orang termasuk pemimpin MCA. Tapi, keadaan kami begini juga,” katanya ketika ditemu bual oleh Ibn Bacoks melalui penterjemah Nasir Prayitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut mengesahkan telah menerima aduan daripada warga emas terbabit.

”Pihak kami sudah mengunjungi mereka dan akan mengenengahkan masalah ini kepada Penyelia PAR Johor, Syed Othman untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: