Utama > Uncategorized > PAR Sedia Peguam Untuk Bantu Siravajo

PAR Sedia Peguam Untuk Bantu Siravajo


image

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor akan menyediakan khidmat guaman kepada N Sivarajoo, 45, bagi mendapatkan penjelasan tentang punca sebenar kematian anaknya S Sivanu, 25.

”Kita akan sediakan peguam untuk menghantar surat kepada pihak polis Singapura menuntut penjelasan berhubung punca sebenar kematian mangsa,” kata Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah.

Sementara itu, Sivarajoo yang datang sendiri ke pejabat PAR itu berkata pihaknya berasa curiga setelah diberitahu kematian anak lelakinya yang dikatakan lemas di kawasan air pancut di Singapura Ahad lalu.

Menurutnya, mendiang Sivanu ada menghubungi ibunya pada hari kejadian dan berjanji ingi pulang menyambut hari jadi isterinya bagaimanapun berita kematian itu telah memberi kejutan kepada keluarganya.

”Saya diberitahu Sivanu ditemui dalam keadaan tertiarap sambil memeluk begnya di dalam kawasan air pancut yang hanya lebih kurang 100 meter dari tempatnya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sana.

‘Saya tidak boleh terima dan curiga dengan punca kematian Sivanu yang dikatakan mati lemas kira-kira jam 1.20 petang kerana saya diberitahu kawasan air pancut itu hanya paras lutut dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Sivarajoo meminta pihak berkaitan membantunya menuntut penjelasan yang terperinci berhubung insiden ini.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: