Utama > Uncategorized > Bertemu Buku Dengan Ruas

Bertemu Buku Dengan Ruas


PERTEMBUNGAN antara Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dengan YB Zainal Abidin Osman, EXCO Agama Kerajaan Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dijangka sengit.

Hal ini kerana, Endau adalah kawasan gelap bagi Barisan Nasional (BN) itu yang mana Zainal ialah penyandangnya,  banyak digegarkan dengan pelbagai kejutan sama ada dari pihak pemerintah mahupun pembangkang.

Disamping itu, Endau turut menyaksikan siri-siri provokasi yang paling banyak ditinggalkan petanda pengaruh PR semakin membuak-membuak.

“Bersama YB Zainal Abidin Osman EXCO Agama Johor Adun Endau,… bertrmu di majlis walimah anak sdr. Hassan Khalid tempohari,,,,, wlpn kita dr parti & pejuangan berbeza….,” kata Ustaz Azam lagi dalam laman Facebooknya.

Dalam laporan Ibn Bacoks sebelum ini, Ustaz Azam yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berakhir apabila satu lagi kejadian simbah cat merah dilakukan di Markas PAS Cawangan Ayer Merah, Mersing, beberapa bulan lalu.

Beliau turut dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku sekitar 1.00 hingga 5.00 pagi itu dipercayai satu lagi tindakan terdesak akibat cemas kepada perkembangan PAS yang semakin diterima pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.

”Katanya lagi, cat Merah darah yang diisi dalam dua plastik diisamping beberapa bendara dan banner lain hilang dan dikoyakkan.

”Kejadian ini tidak berakhir di situ, sebaran risalah turut ditinggalkan dengan menabur fitnah mengenai keburukan Pakatan Rakyat dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan malah gambarnya bersama Salahuddin dikoyakkan selain batang-batang bendera ada yang dipatahkan di sekitar Endau.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: