Arkib

Archive for Oktober 2012

DHPP gempur JOHOR dalam jelajah penerangan PRU

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat yang diketuai oleh Hu Pang Chau dalam rangka lawatannya ke negeri ini selama 4 hari bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat sebagai persediaan berdepan dengan Pilihan raya Umum (PRU) 13.

Menurut Ketua DHPP Perak, Richard Wong, kesedaran masyarakat betapa pentingnya perubahan nyata membuahkan hasil seperti yang telah dilakukan di negerinya.

Malah, beliau mencadangkan agar Pakatan Rakyat (PR) Johor melipatgandakan usaha bagi menawan pengundi di kalangan orang Melayu khasnya.

”Kalaulah UMNO dakwa dia jaga Melayu. Kenapa Kelantan dinafikan royalti. Kalau dia kata Johor lebih maju. Sebaliknya, orang Kelantan lebih kaya berbanding di sini.

”Contoh orang Kelantan makan berlaukkan daging sebab daging di sana murah. RM1500 untuk Kifalah bagi mereka yang mati. Sini (Johor) ada?.

”Kahwin saja RM1000. Tak kira bangsa dapat. Sini ada? Orang miskin pula dapat beras 10kg. Sini ada?

”Orang Johor suka BN, dapat apa? Tarif paling tinggi. Kita nak sedarkan Melayu agar jangan tertipu. Di Kelantan sudah 22 tahun PAS perintah. Menteri Besar orang Cina ke?” katanya lagi.

Richard berkata demikian dalam satu temu bual dengan Ibn bacoks dalam satu majlis Kenduri Walimatul Urus di Kampung Parit Kerimon, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

QURBAN Pemuda capai sasaran

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Majlis sambutan Hari Raya Qurban dan Kenduri Kesyukuran berjaya mencapai sasaran apabila agihan daging dan penyertaanya disertai golongan anak muda dan masyarakat setempat.

Menurut ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, program anjuran bersama cawangan Sungai Besar itu turut dibantu anak muda Belia kampung tanpa mengira fahaman politik kepartian.

”Bermula jam 10.00 pagi kami berkumpul. Ingatkan sambutan itu hambar berikutan di kampung itu ada 3 program yang sama bertembung satu sama lain.

”Bagaimanapun, jemputan yang kami sasarkan sekitar 200 orang mencapai sasaran awal.

”Malamnya kami buat kenduri. Antara pengisiannya tayangan lcd projektor tentang kejayaan Kelantan berjaya menarik minat hadirin. Hinggakan, selesai makan, orang masih terpacak menontonnya.

”Disamping sebelum balik, semua hadiri dibekalkan ‘berkat’ yang kami sertakan risalah dan kad calon PAS Dun Benut.

”Terima kasih kepada para jemputan seperti ahli jemaah masjid yang sudi memimpin tahlil, belia kampung yang melapah daging dan masyarakat setempa sudi hadir. Kaum ibu pun turut serta memeriahkan majlis kerana sebelum isyak diadakan majlis Khatam al-quran buat anak-anak,” katanya lagi,

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Tiada campur tangan politik dalam PBT disangkal

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Kenyataan seorang pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung agensi kerajaan terbabit tidak dipengaruhi campur tangan politik adalah disangkal.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dengan mempersoalkan kebenaran kenyataan sedemikian dengan bersandarkan kouta ahli Majlis yang terdiri daripada pengamal politik.

”Maklumat terakhir kami terima isu arahan cat semula premis dalam Majlis Daerah Pontian, selepas kami buat bantahan. Katanya boleh di bincang, tarikh dilanjutkan, cat boleh dibeli sendiri, warna saja ditetapkan.

”Berkata lagi “Jangan dipolitikkan”. Sejak bila tidak ada campur tangan politik dalam pentadbiran PBT?. Kalau ahli Majlis yang dilantik dari kalangan UMNO MCA MIC .

”Katakan saja politik pembangkang yang tidak boleh. UMNO BN semua boleh. Jom ! Ubah kerajaan dan minda pegawainya,” katanya lagi.

Dr Ungku berkata demikikan sebagai mengulas arahan mengecat semula bangunan oleh PBT terbabit seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pihaknya telah diberitahu bahawa arahan sedemikian boleh dipertikaikan kerana mempunyai kepentingan setelah dirujuk kepada pihak peguam.

”Kami sudah rujuk peguam. Telah dinyatakan arahan itu boleh dipertikai kerana punya kepentingan, juga boleh dilapor ke SPRM.

”Kita pernah jemput dialog dengan penduduk hal masalah semasa. (tapi) mereka tak datang. Kita nak jumpa di Pejabat dah buat temu janji. Bila kami sampai diberitahu pegawai keluar melawat tapak dan sebagainya.

”Apakah rakyat dan kami yang dah buat temu janji ini tidak masuk dalam urusan harian mereka?.

”Inilah maksud saya mentaliti mereka perlu diubah. Sudah dirasuk puaka sang saka bangsa. Rosak negara, rakyat menderhaka. Akhirnya malapetaka menimpa semua.

”Senario campur tangan politik yang berleluasa terhadap agensi kerajaan serta amalan pegawai yang mewarisi mentaliti pentadbiran penjajah ” Tuan Besar X Buruh Kasar ” tidak boleh diamalkan lagi.

”Rakyat perlu penjelasan dalam setiap arahan. Kerana rakyat sebagai pemilik premis, beli dengan titik peluh sendiri, mana mungkin mereka tidak diberi hak untuk terlibat berbincang terhadap bangunan hak milik mereka sendiri,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Provokasi : Kecewa pihak berkuasa tidak profesional

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Banyak pihak menyuarakan rasa kecewa ke atas pihak berkuasa yang memandang ringan terhadap satu gangguan ke atas ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bandar Seri Alam di sini, baru-baru ini.

Terbaru, Pemuda DAP Johor kecewa dengan tindak tanduk polis didakwa gagal bertindak secara profesional menangani isu tersebut.

Menurut ketua pemudanya, Tan Hong Ping, dengan memasang pembesar suara menghadap tapak lokasi ceramah yang terletak kira-kira 20 meter telah dilakukan kumpulan yang tidak bertanggung jawab.

”Cakera padat digitak (DVD) dimainkan dengan kuat menerusi pembesar suara berkenaan sehingga mengganggu penceramah dan hadirin.

”Pembesar suara itu diletakkan menghala ke arah ceramah yang dianjurkan. Kami ada memberitahu polis supaya menyelesaikan perkara ini, namun tidak berkesan.

”Kami tidak faham, mengapa perlu ada provokasi sedangkan ceramah itu sudah mendapat permit,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, difahamkan perundingan telah dibuat antara anggota kereta peronda dengan pemilik pembesar suara itu bagaimanapun gangguan itu tepat berlaku sehingga selesai ceramah.

Justeru, atas rasa tidak berpuas hati dengan layanan polis ke atas mereka, dia bersama pimpinan Pemuda DAP negeri membuat laporan di Balai Polis Mutiara Rini berhubung kejadian itu sekitar jam 9.30 pagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ragut : DAP minta Polis Siasat

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – DAP negeri telah menulis surat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff supaya siasatan terperinci dapat dilakukan segera terhadap mangsa ragut, Yong Shui Wen, 30.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusinya, Dr Boo Cheng Hau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, mangsa ragut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Dang City Mall berasa terancam dengan kehadiran keluarga suspek yang meminta kes itu ditarik balik.

Difahamkan, keresahan yang dialami mangsa tidak boleh dibendung ekoran beberapa individu yang mengaku keluarga mangsa bertandang ke rumah Shui Wen pada Sabtu dan Ahad lepas.

”Dua kali mereka datang ke rumah saya dengan menaiki van dan Perodua Kembara meminta maaf dan minta kes ditarik balik kerana katanya ibu suspek tidak sihat dan hidup susah.

”Kami mula rasa tidak selamat dan terancam kerana suspek sudah mengetahui alamat kediaman kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mangsa mengakui masih trauma dengan kejadian ini tambahan pula apabila melihat kesan luka-luka pada badan yang masih berparut.

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu Tan Keng Liang : Kecaman terus dibuat

Oktober 29, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pelbagai pihak tampil mengecam tindakan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, menerusi akaun twitter yang mempersedakan arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam.

Terbaru, satu laporan Polis dibuat oleh Solidariti Anak Muda (SAMM) Pontian di Balai Polis Ayer Baloi dengan disertai Dewan Pemuda PAS Pontian, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Benut dekat sini, baru-baru ini.

Susulan dengan itu, tindakan tegas kepada Tan Keng Liang wajar diambil agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Sementara itu, ketua SAMM Pontian, Saiful Amri berkata, kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu itu disifatkan sebagai melampau dan keterlaluan.

”Dia (Tan Keng Liang), juga seolah-olah menakutkan orang ramai mengenai arahan berpakaian sopan ekoran garis panduan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Alor Seta (MBSA).

”Garis panduan terbabit berkenaan pakaian sopan yang harus dikenakan oleh model-model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MBSA, yang dilaksanakan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kereta terbakar : PKR yakin menang kes

Oktober 25, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Kereta MPV “Exora” yang baru sahaja dibeli setahun setengah yang lalu dan di letakkan di courtyard rumah kediaman telah terbakar secara tiba-tiba.

Insiden ini berlaku tengah malam bagaimanapun pemiliknya bernasib baik setelah tersedar dan sempat bangunkan tiga ahli keluarga yang lain dari tidur untuk menyelamatkan diri.

”Pemilik kereta melalui ketua ranting Johor Jaya PKR Peguam Jimmy Puah mengadakan sidang media hari ini dan berkata, nasib baik sebelum bomba sampai, jiran sudah bantu memadamkan api itu.

”Walau bagaimanapun, terdapat dinding courtyard sudah runtuh akibat api dan rumah jiran juga terjejas.

”Pemilik kereta berkata, MPV itu ada dihantar pemeriksaan berkala dan cuma jalan sebanyak 15,000 km sahaja.

”Dalam surat balasan bertarikh 1hb bulan lepas, Proton menafikan kebakaran ini ada berkaitan dengan syarikat mereka oleh demikian enggan membayar pampasan.

”Pemilik kereta memang tak suka hati dan sudah minta penerangan banyak kali tetapi sikap Proton amat kecewa.

”Walau bagaimanapun, nenurut siasatan oleh pihak bomba, punca kebakaran itu disebabkan kerosakan sistem elektrik di bawah dash board yang mencetuskan api,” lapor akhbar Sin Chew yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Sementara itu, Jimmy Puah berkata, pihaknya kesal dengan jawapan yang diterima amat tidak memuaskan setelah laporan dibuat kepada proton.

”Apabila menghubungi Proton sebagai peguam, amat hairan diberitahu punca kebakaran itu disebabkan kerosakan wayar bateri, tetapi mereka tidak dapat memenuhi jumlah pampasan yang diminta oleh pemilik.

”Kita percaya boleh menang dalam kes ini kerana bukti memang cukup,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Demontrasi Masakan : Wanita DHPP dan Muslimat PAS bergabung

Oktober 23, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – ”Program santai (Hi Tea DHPP & Demontrasi Masakan oleh Muslimat dan Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini bertujuan untuk timba ilmu, kongsi pengetahuan, saling bertemu dan silaturrahim. Ia turut pertemuan hubungan antara manusia yang dituntut Islam,” kata Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Raden berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis Hi Tea bersama Non Muslim & Demontrasi Masakan di Dewan Utama Pusat Tarbiah PAS Kawasan Pontian, Kampung Api-api, dekat sini. semalam.

Hadir sama, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong demikian kata Richard Wong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, Richard dalam ucapannya menyeru ahli PAS kawasan ini supaya melipat gandakan kerja bagi menumbangkan UMNO-BN di negeri ini.

”Kalau UMNO sini (Pontian) tak tumbang, susah nak ke Putrajaya. (justeru) kita (Pakatan Rakyat) kena bangun dan bersatu hati lawan (benamkan UMNO-BN di Pontian)” katanya lagi.

Manakala Dr Ungku Mohd Noor pula berkata UMNO, yang sebuah parti yang mendominasi rakan sekutunya dalam BN dakwanya gagal berperanan menyatukan kesemua bangsa dalam negara ini.

“Saya memang bekas ahli UMNO. Pilihan raya 1982 saya jadi Ketua Urusan Kenderaan. Diperuntukkan sebanyak RM20.000 di DUN Rengit. Tahun 1984 saya isytihar masuk PAS. 1986 saya bertanding di DUn itu.

“Saya ingin ceritakan pengalaman saya. Sewaktu berumur 28 tahun, saya berpeluang untuk mengerjakan Haji. waktu itu masih UMNO. Dalam UMNO saya disogokkan satu fahaman yang karut seperti CIna ini Komunis dan sebagainya.

“Peliknya, bila saya berada di Safwa dan Marwa. Ada satu peristiwa yang menyayat hati saya. Saya lihat ada sekumpulan orang Cina mengerjakan Haji berehat di situ. Meleleh air mata saya. ni saudaraku. Orang Cina saudara kita. Tapi dibiarkan UMNO (kerana kurang berusaha melebarkan dakwah kepada kaum itu).

“Berasa nak segera pulang nak jumpa. Ini sangat bahaya (kalau cuba tiupkan sentimen perkauman). Oleh itu, tahun 1986 saya masuk PAS. Ini UMNO tak ajar kita (waktu masih berada dalam parti itu,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

1Naik, 1Roboh” 1Malaysia?

Oktober 23, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – ”1Naik, 1Roboh-1Malaysia,” demikianlah satu ungkapan  daripada Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang bernada sinikal berhubung status bangunan milik Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) Pontian yang diarah roboh.

Hal ini kerana menurut mantan Bendahari PAS Johor itu, ia dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan setelah deretan rumah kedai yang bersebelahan dengannya siap dibina.

Bagaimanapun, tindakan ini telah mengundang pelbagai persepsi dan persoalan  yang harus dijawab oleh pihak berkaitan dengan alasan yang munasabah dan kukuh.

“1Naik, 1Roboh” 1Malaysia, itulah keadaan balai memproses hasik perikanan PNK Persatuan Nelayan Kebangsaan Pontian yang diarah roboh untuk laluan jalan setelah deretan rumah kedai berada di sebelahan siap dibina.

“Juga menempatkan stor dan surau. PAR Pulai Sebatang dimaklumkan persatuan pernah memoon tanah dari pejabat tanah Pontian. Mesyuarat bersama nelayan pada 24 10 akan turut menyentuh isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Dialog ‘NB’ berjaya kenal pasti hasrat Non Muslim bila PAS perintah

Oktober 22, 2012 Tinggalkan komen

KLUANG – Dialog Negara Berkebajikan dengan Non Muslim hari ini dianjurkan bagi mengenalpasti respon mereka tentang perkara yang harus PAS lakukan apabila diberi peluang memerintah kelak , demikian kata Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kluang

Khairul Faizi yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) berkata,  sebagai sebuah gerakan Islam, PAS amat terbuka dalam memberikan penjelasan tentang Islam dan bersedia menerima pandangan daripada kaum Non Muslim.

”PAS nakkan maklumat dan input dari masyarakat (pelbagai kaum), nak bina kerajaan negeri agar lebih baik daripada UMNO-BN,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Dialog Negara Berkebajikan bersama Non Muslim di Dewan Layang-layang, Hotel Anika dekat sini, semalam.

Hadir sama, Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat,  Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong, Ketua DHPP Perak, Dato’ Dr Mahfodz Mohammed,Pesuruhjaya PAS Johor  dan Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, Dato Mahfodz berkata, program Dialog ini adalah kali kedua dianjurkan  selepas di Johor Bahru telah mendapat respon yang baik daripada masyarakat Non Muslim.

”UMNO tak pernah jelaskan Islam. Dan tak pernah fahamkan peranan Islam dan Melayu. Sebab mereka UMNO tak pernah dedah kedudukan sebenar tentang Islam. Bagi kita (PAS) tak pernah selindung-selindung tak tipu-tipu (jelaskan Islam). Tak macam MCA,” demikian kata Dato’ Dr Mahfodz lagi.

Pada majlis yang sama, sekitar seratus orang peserta daripada pelbagai kaum hadir didatangi khas dari Pontian, Ayer Hitam selain dari daerah ini.

Difahamkan, siri jelajah penerangan tentang Negara Berkebajikan ini akan bertandang ke bahagian Utara Johor setelah dua siri sebelum ini berjaya diadakan.

(NASIR Prayitno Thum, Exco Dewan Pemuda PAS Johor bertindak selaku penterjemah ke Bahasa Mandarin pada Dialog Negara Berkebajikan di Hotel Anika, Kluang petang ini.)

(MAJLIS Dialog berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada peserta menjamu selera. Difahamkan, slot dialog akan diadakan selepas itu)

(RISALAH berkaitan tentang Islam dalam bahasa Mandarin dan kuih bulan dibekalkan kepada peserta program Dialog Negara Berkebajikan)

(AHLI Panel Dialog Negara Berkebajikan di Hotel Anika, Kluang semalam berakhir dengan merungkai kekusutan dan fobia masyarakat Non Muslim terhadap PAS)

(PESERTA yang mewakili lebih 70 orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian bergambar bersama ketua lajnah perpaduan Nasionalnya Hj. Abd Ghani di hadapan pintu utama Hotel Anika seusai majlis dialog)

Kategori:Uncategorized