Utama > Uncategorized > Gelora Hijau – Amni Jagat

Gelora Hijau – Amni Jagat


PENGERANG – Amni Jagat, Sasterawan muda Pakatan Rakyat telah mendeklamasikan sajak berjudul Gelora Hijau (Kami Mahukan Hijau) di hadapan ribuan rakyat di Himpunan Hijau Selamatkan Pengerang Johor,  semalam.

Skrip sajaknya telah dihantar kepada Ibn Bacoks sebentar tadi. Nikmatilah…

Hari ini
Kita seluruh manusia
Berhimpun mendakap sebuah cita
Untuk menyelamatkan
Bumi dari kepupusan
Sebuah kejujuran dan sebuah keamanan
Manusia berdiri, bangkit serta menjerit
‘kami mahukan hijau’

Suara mereka adalah suara alam
Suara mereka membunuh dalang
Laut tercemar, darat melarat
Semuanya berlaku dengan alasan
‘kemajuan intelektual’
Di sisi apa kemajuan terbina
Di sisi mana kemajuan dipandang
Di sisi siapa kemajuan terhasil
Ini adalah persoalan dari kami
Manusia berdiri, bangkit serta menjerit
‘kami mahukan hijau’

Alam menjadi pupus
Langit menjadi racun
Yang terbunuh adalah manusia
Yang berada di bawah perintah
Dari pemerintah dalang kuasa
Kemajuan apa jika tanah dirombak
Tanpa memberi kemenangan kepada warga
Kemajuan mana yang terpaksa menghapuskan
Seluruh kesucian alam
Kemajuan siapa yang memenangkan
Manusia pembolot kuasa dan harta
Maka dari persoalan itu
Himpunan ini bersuara
Dari manusia berdiri, bangkit serta menjerit
‘kami mahukan hijau’

Minda manusia harus berdiri
Hak milik manusia harus bangkit
Suara tekanan dari jiwa manusia harus menjerit
Perdengarkan kepada seluruh penguasa
Yang lapok memerintah
Yang usang berkuasa
Berhimpunnya lautan manusia hari ini
Adalah suara gelora hijau
Yang datang dari tanah jiwa
Menyelamatkan dan membina
Masa depan yang gagah sejahtera
Ribuan manusia ini berhimpun
Dengan suatu semangat gelora hijau
Manusia ini berdiri, bangkit serta menjerit
‘kami mahukan hijau’
AMNI JAGAT
30 September 2012

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: