Utama > Uncategorized > Selamatkan Nasib Rakyat Melalui Undi – Anis

Selamatkan Nasib Rakyat Melalui Undi – Anis


image

PENGERANG -”(Perjuangan rakyat Pengerang dalam menuntut hak mereka diantara caranya) Hanya bahasa undi yang dapat menyelamatkan nasib rakyat,” demikian penegasan Anis Afida Mohd Azli, Pengerusi NGO (badan bukan kerajaan) Pengerang.

Anis berkata demikian ketika menyampaikan pidatonya pada Perhimpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Pekan Sungai Rengit, dekat sini, semalam.

Hadir sama, YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor, YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen Bakri, Hj Zulkifli Mohamad Omar dan Hj Aminulhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Turut dilihat hadir dari kalangan pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) yang antaranya Dato Seri Abd Rahman Maidin, Hishamudin Rais, Cikgu Ishak Surin, wakil ABIM, PKPIM, BERSIH, Solidariti Hijau, Kumpulan Anti Lynas, Bkt Merah, Bukit Koman, Gabungan Anak-anak Pengerang.

Tinjauan mendapati, kira-kira 3000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat memenuhi pekan kecil tersebut.

Terdahulu, kira-kira 9.45 pagi sebuah Helikopter polis mula berlegar di ruang udara Dataran Rengit. Orang ramai berpakaian hijau semakin ramai memenuhi dataran.

Penduduk Raub Bukit Kuman turut hadir memberi sokongan. Peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis datang segerombolan.

Pada pukul 9.54 pagi pasukan Unit Amal dan Pemuda PAS, Angkatan Muda Keadilan Johor, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall, Muafakat Kampung-kampung Tradisional Kuala Lumpur, dan wakil KeADILan mula muncul.

Sementara itu jam 9.55 pagi kumpulan kecil yang diketuai oleh Dr Boo Cheng Hau bersama lebih 500 peserta telah berarak kira-kira setengah kilometer dari tempat parkir kenderaan Dewan Poh Ah Konn ke tapak himpunan.

Manakala YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS difahamkan tiba pada pukul 9.57 pagi sepertimana yang dilaporkan Nusajayakini.

Susulan dari itu, majlis dimulakan bacaan doa oleh wakil nelayan Pengerang. Peserta himpunan diminta tidak membunyikan wisel dan hon bagi menghormati bacaan doa selamat.

Pada perhimpunan yang sama turut menyaksikan pentas dipenuhi dengan suara-suara para pemidato yang berucap berhubung isu berkaitan.

Tepat jam 11.39 pagi pula, ucapan terakhir dari wakil anak Pengerang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang turut disandang saudari Anis Afida Mohd Azli.

Mengulas lanjut, Anis berkata suara rakyat Pengerang akan di bawa ke pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, Nusajaya pada 8 Oktober depan.

”Sehubungan itu, saya berbangga kerana kita telah mencipta sejarah. Usah takut dengan kezaliman kerajaan. Rakyat perlu sebarkan maklumat kepada seluruh dunia.”

”Hari ini kita berkumpul untuk beri mesej kepada kerajaan bahawa rakyat mahukan projek ini dipindahkan dan mahu menikmati pembangunan yang memberi nikmat,” tegas beliau lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: