Arkib

Archive for Oktober 2, 2012

Sehari Bersama Cg MALA Di Pengerang

Oktober 2, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman mengadakan lawatan kerja ke Parlimen ini bagi meninjau permasalahan penduduk yang terlibat dengan isu RAPID.

“En. Muhammad Shaa’ni Bin Abdullah (Pesuruhjaya SUHAKAM) sedang bertemu penduduk Pengerang dan memberi penerangan tentang HAK ASASI MANUSIA…

“Cik Anis Afida & Pihak SUHAKAM sedang mendengar luahan hati peniaga di Pengerang yang bakal berdepan dengan masalah perpindahan berkaitan isu RAPID..

“SMK Tanjung Pengelih, Pengerang tempat suami saya dipindahkan juga akan berdepan dengan soal perpindahan kesan projek RAPID yang bakal dilaksanakan di Pengerang…

“Anak ini bakal berdepan dengan masalah penempatan persekolahan kerana sekolah di sekitarnya juga bakal berdepan dengan masalah perpindahan….Adakah soal pembangunan dimajukan dengan mengenepikan soal pendidikan di Parlimen Pengerang ?,” demikian kenyataan menerusi Facebook Normala Sudirman.

Kategori:Uncategorized

Kumpul Tanda tangan Tuntut Buat Bonggol

Oktober 2, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas akan mengumpulkan tanda tangan penduduk di Jalan Bayan 45, Taman Kota Puteri, di sini untuk menghantar memorandum kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Hal ini dibuat kerana penduduk mendesak agar pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membina bonggol di laluan berkenaan yang dikatakan mengancam keselamatan mereka.

”Sudah tiba masanya kawasan ini dipasang bonggol kerana hasil tinjauan yang dibuat memang laluan ini menjadi tumpuan pengguma jaan raya terutama waktu puncak.

”Tambahan kemalangan semakin kerap berlaku. Sampai bila lagi MBJB nak tunggu kerana keselesaan penduduk sebelum ini telah diambil tindakan oleh MBJB,” kata Penyelianya Syed Othman Syed Abdullah.

Syed Othman berkata demikian sebagai mengulas aduan penduduk berhubung jalan berkenaan dipercayai menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya apabila lebuh raya Pasir Gudang mengalami kesesakan.

Para pengguna jalan raya turut didakwa tidak memikirkan keselamatan para penduduk kerana memandu laju di kawasan tersebut.

Malah ada penduduk trauma setiap kali ingin mengeluarkan kenderaan masing-maing dari dalam pagar rumah kerana bimbang sesuatu kejadian buruk boleh berlaku.

Sehubungan itu, mereka mendesak supaya bonggol dibina dengan seberapa segera.

Kategori:Uncategorized Tag:

Perubahan Kini Terarah Dari Selatan

Oktober 2, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dalam temu bualnya dengan Ibn Bacoks menegaskan gelombang perubahan akan berpusat di selatan tanah air menjelang Pilihan raya Umum (PRU) 13.

Isyarat ini katanya boleh dibuktikan dengan kehadiran rakyat dari pelusuk negara ke Tempat yang jauh seperti Pengerang ini.

Kategori:Uncategorized