Arkib

Archive for Oktober 3, 2012

RAPID : Salahuddin Ulangi Cabaran Debat Dengan Ghani

Oktober 3, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – Meskipun perhimpunan Hijau, Lestari Pengerang sudahpun berakhir bagaimanapun isu RAPID tetap tiada penghujungnya apabila Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mengulangi cabaran debatnya terhadap YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Kategori:Uncategorized

Himpunan Tetap Aman Walau Dicemari Sabotaj

Oktober 3, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – Pihak yang melakukan sabotaj  seusai perhimpunan Hijau, Lestari Pengerang dekat sini, baru-baru ini  disifatkan tidak bertamadun berbanding dengan sikap yang dipamerkan para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“SIAPA kata demontrasi atau perhimpunan aman mengundang kekacauan. Buktinya di sebelah pentas utama perhimpunan aman Lestari Hijau Pengerang ini ada bendera UMNO yang tak diusik atau dicabut langsung oleh peserta. Syabas,” kata Admin Facebook Mtd PAS Benut.

Pemilik laman sosial itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita milik pembangkang sebelum ini menyiarkan selain memecahkan cermin kereta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tayar kereta Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohd Omar juga telah dirosakkan.

Zulkefly dilaporkan berkata, dua tayar kereta jenis Nissan Teana beliau telah di bocorkan iaitu dibahagian kiri hadapan dan belakang.

Kereta ini diletakkan di Masjid Penggerang, Johor ketika beliau bersama-sama penduduk Pengerang berhimpun membantah projek Rapid Pengerang.

“Kami sedar tayar dicucuk dengan benda tajam pada pukul 2.00 petang bila tayar hadapan kiri pencit lalu kami tukar dengan simpanan.

“Dalam perjalan balik, tayar belakang sebelah kiri pula bocor dan pencit teruk di R & R Machap.

“Kami mendapat bantuan dari Plus Ronda kemudian telah menampal tayar yang bocor tersebut,” cerita beliau kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, yang jelas sikap khianat pihak tertentu di Pengerang tidak mengira tempat walaupun kereta itu diletakkan di kawasan masjid.

“Yang mengejutkan kami bahawa masjid tidak lagi menjadi kawasan selamat bagi kami,” katanya.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan bagaimana cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari semalam.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

Kategori:Uncategorized

Kami Bukan Sampah Yang Boleh Ditaruh Ke sana- sini : Anis

Oktober 3, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – “Kami rakyat Malaysia yang ada hak untuk menentukan nasib masa depan kami,” demikian kenyataan ringkas Anis  Afida Mohd Azli, Pengerusi NGO Pengerang seusai program Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang dirakam oleh Ibn_bacoks baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized