Utama > Uncategorized > Himpunan Tetap Aman Walau Dicemari Sabotaj

Himpunan Tetap Aman Walau Dicemari Sabotaj


PENGERANG – Pihak yang melakukan sabotaj  seusai perhimpunan Hijau, Lestari Pengerang dekat sini, baru-baru ini  disifatkan tidak bertamadun berbanding dengan sikap yang dipamerkan para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“SIAPA kata demontrasi atau perhimpunan aman mengundang kekacauan. Buktinya di sebelah pentas utama perhimpunan aman Lestari Hijau Pengerang ini ada bendera UMNO yang tak diusik atau dicabut langsung oleh peserta. Syabas,” kata Admin Facebook Mtd PAS Benut.

Pemilik laman sosial itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita milik pembangkang sebelum ini menyiarkan selain memecahkan cermin kereta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tayar kereta Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohd Omar juga telah dirosakkan.

Zulkefly dilaporkan berkata, dua tayar kereta jenis Nissan Teana beliau telah di bocorkan iaitu dibahagian kiri hadapan dan belakang.

Kereta ini diletakkan di Masjid Penggerang, Johor ketika beliau bersama-sama penduduk Pengerang berhimpun membantah projek Rapid Pengerang.

“Kami sedar tayar dicucuk dengan benda tajam pada pukul 2.00 petang bila tayar hadapan kiri pencit lalu kami tukar dengan simpanan.

“Dalam perjalan balik, tayar belakang sebelah kiri pula bocor dan pencit teruk di R & R Machap.

“Kami mendapat bantuan dari Plus Ronda kemudian telah menampal tayar yang bocor tersebut,” cerita beliau kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, yang jelas sikap khianat pihak tertentu di Pengerang tidak mengira tempat walaupun kereta itu diletakkan di kawasan masjid.

“Yang mengejutkan kami bahawa masjid tidak lagi menjadi kawasan selamat bagi kami,” katanya.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan bagaimana cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari semalam.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: