Arkib

Archive for Oktober 4, 2012

Team Amal Dan Briged Muslimat DMPNJ Diberi Penghormatan

Oktober 4, 2012 Tinggalkan komen

PENGERANG – Pasukan yang mendapat jolokan ‘ Merah’ dari kalangan Jabatan Amal Johor dan Briged Muslimah Dewan Muslimah PAS Johor telah diberi pengiktirafan oleh penganjur program Himpunan Hijau, Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, dekat sini, baru-baru ini.

Tinjauan Ibn Bacoks mendapati, selain  diberi amanah membuat bentang manusia sepanjang perarakan yang bermula dari Dataran Dewan Poh Ah Konn menuju ke tapak perhimpunan, malah mereka turut bertugas membantu pihak berkuasa mengawal lalu lintas.

Disiplin yang dipamerkan daripada pasukan ‘Merah ‘ PAS itu berjaya menarik perhatian lebih 3000 peserta perhimpunan yang hadir kerana kedudukan mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam masa yang sana, Briged Muslimah turut sama menyertai perhimpunan itu diberi penghormatan apabila disebut namanya seusai program itu berlangsung.

Kategori:Uncategorized

Kursus Dakyah : Guru diperalatkan?

Oktober 4, 2012 Tinggalkan komen

LABIS – Kira-kira 33 orang guru yang ‘terperangkap’ dalam sebuah ‘Kursus Dakyah’ menimbulkan pelbagai tanda tanya mengapa mereka boleh berada di sana.

Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimah PAS Pusat berkata para pendidik dikatakan telah diperalatkan oleh pihak tertentu yang berada dalam kebobrokan untuk mengekalkan kuasa.

“33 orang guru terperangkap dalam kursus dakyah? Sekali lagi nampaknya warga guru diperalatkan dan wang rakyat disalah gunakan untuk mempertahankan kuasa politik pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Cikgu Mala berkata demikian sebagai mengulas satu laman blog yang mendedahkan kursus itu diadakan di sebuah hotel berdekatan jalan Chow Kit Road, dikatakan berlangsung satu program yang dinamakan Pengurusan Permentoran Perkhdimatan Awam KPM.

Dalam laporannya itu menyebut, ia bertujuan kononnya untuk memberi penjelasan berhubung polisi dan juga dasar kerajaan serta pembangunan dalam pendidikan untuk anak bangsa.

”Kata pada mulanya kecurigaan terhadap program berkenaan tidak seberapa membengongkan lagi, tetapi setelah penceramahnya tampil maka terjawab untuk apa dan mengapa program itu diadakan.

”Ia jelas program itu tidak ada sangkut paut langsung dengan pengurusan permentoran dalam pendidikan, kerana penceramahnya dari individu politik. Di sini mereka mula merasakan terperangkap.

”Ceramah itu disampaikan oleh orang bernama Mohamed Razali Abd Rahman yang mengakui dia kononnya bekas pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen DAP.

”Isi ceramahnya ialah memburukkan DAP yang ingin melakukan reformasi politik di negara ini serta mendedahkan kononnya tindak tanduk DAP yang boleh menyebabkan orang Melayu dan Islam merasa marah dan mengalami kerugian.

“Antara apa didakwa orang bernama Mohamed Razali itu ialah, kononnya DAP ingin menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, mahukan perdana menteri dari bukan Islam dan Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik,” cerita blogger itu lagi.

Kategori:Uncategorized

Usaha PAR Permas Berhasil

Oktober 4, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Majlis Bandaraya Johor Bajhru (MBJB) berhasil berhubung masalah penduduk di Permas 1/4 yang menghadapi masalah perparitan selepas beberapa pegawainya berada di lokasi seperti yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Menurut Penyelia PAR, pihaknya sudah membangkitkan masalah yang dihadapi penduduk Permas 1/4 rumah kerap di masuki air dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit haruslah bertindak mengikut aduan penduduk.

“Isu di Permas 1/4 rumah kerap di masuki air yang saya dedahkan 2 hari yang lepas , hari ini Pihak berwajib akan menyelesaikan isu ini setelah saya dedahkan dalam media 10 tahun sistem perparitan tersumbat. kelihatan wakil pihak MBJB sedang berbincang tindakan bakal di ambil. boleh tengok kat sini,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Ibn Bacoks semalam.

Syed Othman berkata demikian sebagai mengulas laporan Ibn Bacoks dalam portal berita Selatan Online semalam Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas akan cuba berikhtiar menangani permasalahan yang disuarakan oleh penduduk Permas 1/4 berhubung masalah perparitan.

“Jurucakap di Pejabat PAR di sini mendakwa, penduduk bengang dengan tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru yang didakwa tidak peka kepada masalah berbangkit sedangkan ia pernah dibawa ke media massa.

“MASALAH penduduk permas 1/4 yg mengalami masalah peparitan yg sumbat hingga menyebabkan air parit yg kotor memasuki rumah mereka bila musim hujan tidak mendapat tindakan dari Mbjb walaupun masalah itu sudah disiarkan pada dada akhbar hari ini.

“PAR permas akan menbuat tindakan susulan utk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penduduk permas dengan segera,” kata Abusiraj Almuner dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Ibn Bacoks semalam.

Kategori:Uncategorized