Utama > Uncategorized > RAPID : Bagaimana Nasib Pelajar Apabila Di pindahkan Kelak? – Cg Mala

RAPID : Bagaimana Nasib Pelajar Apabila Di pindahkan Kelak? – Cg Mala


PENGERANG – Dalam tinjaun Normala Sudirman, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) antara 5 buah sekolah kebangsaan, 5 buah sekolah agama dan 3 buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pihaknya turut berkesempatan melawat salah satu daripada 6 buah masjid yang bakal menerima kesan akibat isu RAPID iaitu Masjid Sungai Kapal.

Dengan nada kesal Normala mempersoalkan bagaimanakah nasib pelajar di sini yang mereka bakal ditempatkan sudah tentu belum menjamin keselesaan dan ruang yang kondusif untuk mereka belajar.

“Sekolah Agama Sungai Rengit adalah merupakan sekolah ke 4 yang saya lawati petang tadi…Akan berdepan dengan isu perpindahan pelajar ?Di manakah agaknya mereka akan ditempatkan kesan projek RAPID?

“Sekolah seterusnya yang saya lawati adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk,Pengerang yang bakal menerima kesan akibat projek RAPID..Bagaimanakah nasib pelajar di sekolah ini? Di manakah mereka akan ditempatkan?Adakah dekat dengan kediaman yang kononnya bakal disediakan?

“Inilah adalah SRJKC Yok Poon yang bakal berdepan dengan masalah perpindahan akibat isu RAPID di Pengerang..

“Alhamdulillah..Petang tadi ,saya berada di Sk. Kebangsaan Sungai Kapal…Mewakili NGO Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK) hari ini melawat beberapa buah sekolah yang bakal berpindah kesan projek RAPID yang bakal dilaksanakan di Pengerang.Bagaimanakah nasib pelajar ini?Di manakah mereka bakal ditempatkan? Setakat ini,belum ada suatu penjelasan tentang isu pendidikan berkaitan isu RAPID di Pengerang.

“NGO PENDIDIK sedang mengkaji dan meninjau penempatan perumahan yang kononnya bakal menempatkan penduduk Pengerang .Model rumah moden ini hanya ditunjukkan ,apakah untuk mengabui mata penduduk kampung? Dikhabarkan Fasa 1 perpindahan bulan Mac, tetapi rumah pun belum siap lagi..

“Ini adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit yang merupakan antara 5 buah sekolah yang bakal menerima kesan akibat projek RAPID di Pengerang..Bagaimanakah nasib pelajar di sini agaknya? Di manakah mereka bakal ditempatkan? Sejauhmana prasarana kediaman yang bakal menempatkan mereka memberi ruang yang kondusif untuk mereka belajar?” katanya menerusi laman Facebook Normala Sudirman.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: