Arkib

Archive for Oktober 7, 2012

Maykad Palsu : 7 Hari Diberi Untuk Buat Penjelasan

Oktober 7, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) Pasir Gudang memberikan tempoh 7 hari untuk Shamsul Salleh tampil ke hadapan untuk menafikan atau memperjelaskan kedudukan sebenar.

Menurut Jurucakap di Pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, pihaknya turut mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyiasat bagaimana individu yang mempunyai kad pengenalan palsu layak mengundi.

”Berdasarkan blog yang mengunakan nama ‘MILOSUAM’ yang mendedahkan laporan Harian Express yg berpengkalan di sabah bertarikh 21 september 2010 dengan tajuk MYkad palsu, Rakyat filipinan ditangkap.

”Laporan itu menyebut Majistret Cindy McJuce Balitus dari kamar majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki yang bernama Shamsul Salleh berusia 43 tahun yang mengaku bersalah mengunakan dokumen 670110-12-5035 atas namanya sendiri dan dijatuhkan hukuman pada 20hb september 2010.

”Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan pengundi dengan Nama sama Shamsul Salleh didapati layak mengundi di Dun Permas dibawah Parlimen Pasir Gudang.

”Apabila disemak dengan teliti didapati Shamsul Salleh ini sudah mengundi sejak tahun 1993 di Dun Permas dan Parlimen Pasir Gudang.

”Apabila data maklumat SPR Shamsul Salleh ini juga didapati tiada alamat yang dinyatakan. Ini adalah terang-terang satu kesalahan Akta SPR kerana setiap pengundi yang mendaftar perlu ada alamat lengkap agar dapat ditentukan daerah yang bakal tempat mengundi,” dakwa pembantu Penyelianya, Abusiraj Almuner dalam satu kenyataan akhbar yang dihantar kepada Ibn Bacoks semalam.

Terdahulu, satu laporan Polis telah dibuat oleh Syed Othman Abdullah, Penyelia PAR Permas, Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman PKR Johor dan Murad Jailani, ketua AMK Pasir Gudang bersama kepimpinan PKR bahagian ini di Ibu pejabat Polis (IPK) Seri Alam, dekat sini.

Difahamkan, laporan ini dibuat kerana curiga dengan status seorang pengundi di Dun Permas ini.

Mengulas lanjut, Abusuraj turut berkata PR Pasir Gudang memandang serius pendedahan ini dan kemungkinan ramai lagi yang memiliki kad pengenalan palsu untuk disalahgunakan penggunaannya..

Disamping itu, pihaknya turut mendakwa, akibat dari kesalahan ini keselamatan negara juga berada dalam keadaan terancam. ”Laporan yang dibuat oleh PR ini juga mendesak pihak polis menyiasat kedua-dua Jabatan yang terlibat ini.

”Perlu diingat beberapa kes sebelum ini juga didapati mengunakan kad pengenalan palsu untuk dijadikan pengundi hantu disetiap Pilihan raya Umum (PRU).

”Atas sebab kesedaran ini, Rakyat menganjurkan perhimpuanan BERSIH menuntut agar setiap data pengundi SPR yang diragui dibersihkan dahulu dari pengundi yang mengunakan kad pengenalan palsu dan sebagainya,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: