Arkib

Archive for Oktober 8, 2012

Ustaz Atan Sempat Tahnik Bayi

Oktober 8, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Dalam kesibukan dengan aktiviti harian sebagai bakal calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Ustaz Atan Gombang sempat meluangkan masa memenuhi jemputan untuk mentahnik bayi yang baru lahir.

Rakaman ini dilakukan di salah sebuah rumah pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Duku, Benut, baru-baru ini.

 

Kategori:Uncategorized

Duta Cilik PAS Berjaya Perkenalkan PAS

Oktober 8, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Murid-muri daripada Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Al-Husna 1 Benut telah mewakili PASTI Pontian pada salah satu acara di Program Hari Kemuncak Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, dekat sini, Jumaat lepas.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut, Ustaz Atan Gombang berkata, para peserta yang telah berjaya mendapat tempat merupakan duta cilik yang telah menaikkan imej PAS di mata masyarakat yang mana parti Islam itu memiliki institusi pendidikan pra-sekolah yang setanding dengan institusi sedia ada.

“TAHNIAH kepada Pasti Al-Husna 1 Pontian yg telah memenagi tempat ke-3,4 & 5 Dalam pertandingan Mewarna & Dan tempat kelima dalam pertandingan Pakaian Beragam yang bertempat Di Sekolah Menengah Benut .

“Semoga Pasti dapat melahirkan Anak2 yg cermelang & Terbilang Sahsiah dan Rohani ..MEMBINA GENERASI AL-QURAN,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kira-kira sepuluh peserta PASTI telah menyertai program ini telah berdepan dengan pasukan lain daripada Tadika pra Sekolah sekitar Benut sebelum berjaya meraih sebarang tempat.

(Nur Iffah Solehah Bt Nazaruddin..peserta yg memenagi pertandingan mewarna)

Kategori:Uncategorized