Utama > Uncategorized > RAPID : Tekankan Konsep Musyawarah – Suhaizan

RAPID : Tekankan Konsep Musyawarah – Suhaizan


image

JOHOR BAHRU – Keterlibatan semua komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam satu mesyuarat perlu dilakukan bagi mencapai kata sepakat berhubung isu RAPID.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dengan katanya, hal ini kerana bagi mengelak kekeliruan rakyat terhadap perbezaan pandangan di kalangan pimpinan PR boleh dielakkan jika kata sepakat diputuskan secara bersama.

”Masing-masing ada pandangan tersendiri, tetapi kami masih berdiri teguh atas nama PR. PAS Johor khususnya melihat projek ini ada kebaikan dengan ekonomi Johor dan percaya ia mampu membantu meningkatkan pendapatan rakyat selalin memberi peluang pekerjaan.

”Bagaimanapun, PAS mahu projek ini diteruskan (sekiranya diberi mandat) di kawasan lain khususnya tanah milik Kerajaan Negeri tanpa melibatkan penempatan penduduk. Ini bermakna pembangunan dilakukan tidak mengorbakan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, perbezaan pendapat di kalangan pakatan pembangkang merupakan satu perkara biasa yang terjadi di antara semua parti politik.

”Perbezaan biasa, tetapi perlu ada satu penyelarasan (kesepakatan) menerusi mesyuarat yang akan dibuat tidak lama lagi,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: