Utama > Uncategorized > Isu ‘Nasha’ : Umpan Diguna Untuk Pecahkan PR

Isu ‘Nasha’ : Umpan Diguna Untuk Pecahkan PR


image

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang menggambarkan isu ‘Nasha’ merupakan salah satu umpan ‘berjenama’ bagi memporak perandakan kesepaduan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood mendakwa umpan itu sengaja dicipta setelah Bajet 13 yang diumumkan baru-baru ini kurang memberi anjakan paradigma kepada UMNO-Barisan Nasional (BN).

”Mereka mahu Pakatan Rakyat berpecah. Pelbagai umpan diguna pakai termasuk umpan dalam dan luar bakul. PAS dan PR serta pengundi diseru terus berhati-hati terhadap umpan pelbagai jenama seperti Nasha – Shit dan sebagainya yang sengaja dicipta setelah bajet 13, BN tidak mampu memberi anjakan sokongan rakyat kepada UMNO-BN.

”Apa tujuan kenyataan Nasha. Beliau katakan ” adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam ditempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?” katanya lagi.

Mantan Bendahari PAS Johor itu turut mempersoalkan tindakan Nasharuddin Mat Isa disebalik kenyataan yang dibuatnya sedangkan teguran itu tidak ditala kepada musuh.

Malahan, kenyataan Nasha katanya boleh mendatangkan persepsi yang negatif seperti menyebabkan orang menjadi lebih keliru.

”Cuma dikhuatir mengelirukan orang awam. Perpecahan umat mesti dilihat satu rahmat. Tanpa perpecahan dan percanggahan tidak mungkin terpancar kebenaran.

”Sebagaimana teknologi saintifik untu mendapatkan kehalusan ‘particles’ sesuatu itu mesti melalui proses pembantaian (bombardment).

”Jangan dicetuskan isu apa akan jadi pada umat Islam 5-10-15 tahun mendatang. Jika terus berpecah! Yang selama ini perpecahan umat Islam di Malaysia tidak serius.

”Malahan perkembangan dakwah dikalangan anak muda meningkat. Pemimpin yang sukar berubah. Yang akan tergelincir adalah mereka yang tidak berpegang kepada ajaran agama.

”Cuma, sayang ingin bertanya ‘adakah umat Islam diberi leses untuk sesuka hati menghina agamanya? Seolah-olah milik mutlaknya?

”Sebaliknya begitu marah kepada bukan Islam yang menghina agamanya! Umpama seorang ibu yang sesuka hati boleh memarahi anak miliknya berbanding jiran tidak berhak menegur kerana tiada hubungan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nasharudin baru-baru ini, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: