Utama > Uncategorized > Johor : Yakin Tukar Kerajaan – Jui Meng Chua

Johor : Yakin Tukar Kerajaan – Jui Meng Chua


Jui Meng Chua : Johor Yakinl Tukar Kerajaan

JOHOR BAHRU – Pengerusi PKR Johor, Dato’ Dr Chua Jui Meng berkata Pakatan Rakyat di Johor dikatakan berjaya memperolehi sokongan sebanyak 70% daripada kaum India sekaligus memberi harapan bahawa negeri ini boleh melakarkan kejayaan.

Katanya, setelah mengambil kira sokongan daripada kaum Melayu, pihaknya turut berkeyakinan yang pentadbiran yang berpusat di Kota Iskandar Nusajaya akan bertukar kerajaan.

Sebelum ini jelasnya lagi, pihaknya hanya menyasarkan kira-kira 40% sokongan itu datangnya daripada kaum India.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR itu berkata, dengan perkembangan terbaru ini telah menunjukkan bahawa sokongan komuniti itu semakin meningkat.

“Saya bertemu dengan NGO India semalam dan mereka berkata saya sudah salah kerana sebanyak 70% kaum India akan sokong Pakatan Rakyat. Dalam pertemuan itu, ada beberapa ahli NGO adalah bekas MIC.

‘”70%~80% orang Cina sudah sokong Pakatan Rakyat. Bertambah lagi 70% sokongan daripada kaum India, masa perubahan kerajaan sudah sampai.” katanya lagi menerusi akhbar China Press yang dipetik dari Facebook Keadilan Johor.

Dato’ Dr Chua berkata demikian ketika berada di program Perayaan Kuih Bulan anjuran Ranting PKR Taman Puteri Wangsa, dekat sini, baru-baru ini.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: