Arkib

Archive for Oktober 15, 2012

Tuduhan Non Muslim Jauh Dengan PAS disangkal

Oktober 15, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor hari ini menyangkal sangkaan ‘jahat’ UMNO-BN berkaitan hubungan PAS dengan masyarakat Non Muslim dikatakan terlalu jauh.

Sedangkan, kerjasama yang dijalinkan selama ini nyata memberi gambaran yang baik bahawa kaum itu semakin dekat sekaligus merungkai kekusutan yang berkait dengan ‘Hudud’.

”Disebalik tuduhan dan sangkaan jahat BN, hubungan PAS dengan non muslim semakin erat. Hitea di Pekan Sanglang, Pontian dihadiri ramai kaum cina.

”Sudah 80 orang mengisi borang menjadi ahli DHPP. Sesuatu yang tidak termimpi dahulu bagaimana orang cina boleh menyokong PAS.

”Bila ditanya mengenai hudud, mereka kata, ‘ apa gua takut, hudud utk org jahat maa’..

”Nampaknya mereka lebih faham daripada sesetengah orang melayu sendiri .Hari ini satu bas daripada PAS Kawasan Pontian bawa penduduk cina sekitar Air Baloi dan Sanglang ke Kelantan. Mereka cukup seronok dimaklumkan akan dapat bertemu Tok Guru Nik Aziz,” katanya lagi.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas program Hi tea bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, di pekarangan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Katanya lagi, program tersebut turut membuktikan yang kekuasaan Allah swt lebih tinggi daripada makhluk.

”Inilah kekuasaan Allah dan nikmat perjuangan Islam. Moga kita istiqomah menyampaikan dakwah kepada masyarakat termasuk golongan Bukan Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Ungku Mohd Noor memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memulakan bibit kebencian antara kaum termasuklah UMNO agar insafi amanah Pencipta yang diberikan.

”Mereka juga makhluk Allah. Hak mereka ada pada kita. Sudahkah kita tunaikan? Insaflah wahai extremis Melayu-Islam. Tunaikan amanah Allah. Hindari kebencian kerana berlainan kaum,” katanya lagi

 

Kategori:Uncategorized Tag:

Tiada paksaan dalam agama – Ust Dollah

Oktober 15, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – ”Tiada paksaan dalam agama. Orang bukan Islam bebas berniaga, bersosial dan bergerak dalam sebuah negara Islam. Hak mereka dijamin oleh agama,” demikian penegasan daripada Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.

Ustaz Abdullah berkata demikian pada majlis Meraikan Bakal Haji dan Tazkirah Khas Untuk Kaum Tionghua anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut di pekarangan rumah Abdullah Genu dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Nasir Payitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Johor, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.

Terdahulu, kira-kira 8 orang jemaah Haji bakal berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah ini nanti.

Sementara itu, Nasir berkata, program semumpama ini nyata dapat meleraikan kekusutan berkaitan tentang Islam.

”Sebelum ini, orang Cina ingat tanda orang Islam pergi Haji ke Mekah dengan memakai kopiah. Tapi dengan penjelasan Ustaz Abdullah tadi sekurang-kurangnya sampai maksud kepada mereka akan kehendak Haji itu,” kata Nasir lagi yang bertindak sebagai penterjemah kepada bahasa Mandarin.

Kategori:Uncategorized Tag: