Arkib

Archive for Oktober 18, 2012

‘Kali ini pasti tukar’ sasar kehadiran 25,000 orang

Oktober 18, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Penganjur program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat menyasarkan kira-kira 20,000 hingga 25,000 orang akan hadir yang dijadualkan pada 20 Oktober nanti di pekarangan pusat membeli belah Sutera Mall, Skudai.

Pengerusi sambutannya, Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, pihaknya menjangkakan akan menerima kehadiran teramai dan terbesar dalam sejarah kehadiran parti itu di negeri ini.

Jui Meng yang juga Pengerusi PKR Johor berkeyakinan dengan bersandarkan dari pertanyaan orang mengenai panel ceramah tersebut.

”Senarai penceramah yang sudah memastikan kedatangan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim; Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; AJK Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong, Ahli MPP PKR, Dr Lee Boon Chye; Ahli MPP PKR, Dr Xavier Jayakumar dan saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, program yang akan berlangsung jam 8.00 malam itu telahpun diberikan permit oleh pihak berkuasa, kata Steven Choong, Pengarah Pilihan raya Keadilan Negeri (JPRN).

”Kita sudah lama perolehi permit dan polis akan memberikan kerjasama. Selain itu, kita telah menyediakan lebih 100 petugas keselamatan untuk bekerjasama dengan polis.

”Kami berterima kasih kepada pihak polis Daerah Johor Bahru Utara kerana siapkan semua kertas kerja dan keluarkan permit dalam masa lima hari daripada permohonan,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Cawangan Baru Akan Ditubuhkan Di Benut – Mazlan

Oktober 18, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Arus perubahan di Johor telah menampakkan riaknya apabila ada satu lagi cawangan baru yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini, demikian kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

”Malam ini saya bersama ‘Leftenan Adnan’, Hairie Othman dan YDP PAS Kawasan Batu Pahat berceramah di satu lagi kawasan kubu kuat Umno, Kg Belahan Tampok. Berceramah di rumah Hj Nor, Ketua PAS Cawangan di situ.

”Saya difahamkan oleh petugas2, ramai orang tempatan yg hadir khususnya anak muda. Selesai ceramah, ada orang Benut jumpa saya dan minta ceramah di tempatnya. Belum ada cawangan PAS di situ.

”Beberapa penyokong PAS sedang dikumpul utk tubuh cawangan baru. Mereka minta saya datang lepas Hariraya Qorban ini.

”Alhamdulillah, semakin subur sokongan kepada PAS. Bekas2 pemimpin masyarakat, pemimpin dan aktivis Umno serta anak2 muda bertali arus sertai PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mazlan turut mendedahkan bagaimana projek RAPID dan isu FGVH didakwa merupakan pengkhianatan UMNO-BN kepada rakyat negara ini.

Malah, projek itu dilakukan semata-mata untuk mengkayakan kroni mereka dengan merampas tanah rakyat atas nama pembangunan.

”Saya fokus kepada dua isu sahaja iaitu projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Pengerang dan FGVH. Bukti pengkhianatan pemimpin Umno kepada bangsanya sendiri. Rampas tanah penduduk, kayakan kroni,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: