Utama > Uncategorized > Bekas ATM serta PAS : Satu perkembangan baik

Bekas ATM serta PAS : Satu perkembangan baik


imageSRI GADING – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberihatu bahawa perkembangan PAS semakin baik akhir-akhir ini ekoran penyertaan pelbagai pihak dalam parti Islam itu.

Terbaru, penyertaan empat bekas pegawai yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis membenarkan lagi kenyataannya.

Malah, parti itu kini sudah diterima oleh mereka yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya yakin akan dapat menarik lebih ramai lagi pesara kerajaan bersama dengan mereka.

”Dua daripadany ialah berpangkat Leftenan Kolonel dan Kepten. Saya boleh katakan kemasukan mereka ini hanylah sebagai permulaan dan selepas ini, akan lebih ramai akan menyertai kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminolhuda berkata demikian dalam majlis perasmian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Yaani, Parlimen Sri Gading, dekat sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Aminolhuda telah menerima beberapa borang keahlian berkenaan dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS.

Dalam perkembangan berasingan, Ibn bacoks sebelum ini melaporkan bekas pegawai tinggi kerajaan Hj Sabri Kasmani, anak kelahiran Johor telah menyerahkan borang keahlian pada satu majlis Ramadan lalu kepada Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor.

Sabri yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia dilaporkan berada di majlis Sambutan Badar Kubra peringkat negeri Johor di Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Batu Pahat, Kg. Sungai Tongkang Rengit bagi tujuan pengisytiharaan keahlian di hadapan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan ribuan penyokong parti Islam itu.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: