Utama > Uncategorized > Ramai Sokong hasrat Salahuddin untuk bertanding di SEROM

Ramai Sokong hasrat Salahuddin untuk bertanding di SEROM


image

JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, Datuk Abdul Ghani Othman mungkin tergamam dek sokongan ramai pihak kepada Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang berhasrat untuk bertanding di situ.

Terbaru, DAP Johor dalam satu kenyataan bersedia untuk membantu meraih kemenangan buat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Nenurut Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor yakin Salahuddin mampu melakarkan kejutan berpandukan riak-riak perubahan yang dimahukan rakyat negeri ini.

”Saya secara peribadi menyokong jika beliau (Salahudin) mahu bertanding di DUN Serom yang kini disandang oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Kami percaya Salahuddin boleh menang,” katanya lagi.

Sementara itu, rakan dalam pakatan lain, PKR Cabang Ledang, Rizal Alias berkata, hasrat Salahuddin itu disifatkan satu lagi persaingan sihat dan berita yang mengembirakan.

”Saya berkeyakinan, kepimpinan yang dimiliki beliau mampu memikat hati pengundi di sini dan seterusnya mendapatkan kemenangan di sini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Ledang, Nasir Ahmad berkata, kemenangan besar bakal diraih dengan meletakkan calon berkaliber seperti Salahuddin dan mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen Kubang Kerian bertanding di situ.

”Kita tidak mempersoalkan siapa calon yang akan bertanding, sebaliknya akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: