Utama > Uncategorized > Isu Hudud : UMNO berada di belakang Soi Lek?

Isu Hudud : UMNO berada di belakang Soi Lek?


image

JOHOR BAHRU – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) tidak menolak kemungkinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada di belakang Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataan kontroversinya berhubung hudud.

Setiausahanya, Khaizrul Faizi Ahmad Kamil berkata, UMNO tidak berani untuk bercakap secara umum kerana mereka takut rakyat fikir parti berkenaan tidak memperjuangkan agama Islam.

”Saya sendiri ada menghantar satu surat kepada Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin berhubung perkara itu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang kenyataan dari pihak beliau menyatakan dengan tegas pendirian mereka bahawa Soi Lek menghina dan merendah-rendahkan hukum Allah,” katanya dalam satu kenyataan.

Faizi yang juga Yang Dipertua PAS Kluang berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudu di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh PAS selama ini, anak menejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Sementara itu, DPMM turut mendesak UMNO supaya menyatakan pendirian berhubung kenyataan Soi Lek itu.

Katanya lagi, tidak timbul sama ada wujudnya hudud berlunaskan undang-undang Islam atau versi PAS seperti yang dinyatakan oleh pihak tertentu kerana sudah terbukti kenyataan itu dibuat secara umum.

”Chua Soi Lek antara sebab Barisan Nasional akan tumbang, MCA menggunakan Soi Lek untuk menyatakan pendirian menolak hudud.

”Walhal sebelum ini selepas YB Ayub (Adun Kemelah) membangkitkan hudud wajar dilaksanakan di Johor di Sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali malah perkara ini dibincangkan secara terbuka, namun selepas MCA buat kenyataan tidak tolak hudud, semua pemimpin UMNO senyap,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: