Utama > Uncategorized > Isu ‘DOA’ bukan kepada ahli UMNO

Isu ‘DOA’ bukan kepada ahli UMNO


image

MERSING – Isu ‘doa’ yang dimainkan media arus perdana hanya ditujukan kepada parti UMNO bukan buat ahlinya. Demikian tegas Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Bagaimanapun Azam mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang bimbang dengan ‘doa’ berkenaan sedangkan selama ini mereka dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada PAS.

”Kawan-kawan UMNO marah apabila Ust Nik Razi Nik Mat mendoakan Kehancuran UMNO BN semasa Solat hajat sempena Himpunan Rakyat di Stadium Muhammad yg lalu, kebetulan saya turut bersama di sana mlm itu.

”Rupa-rupanya UMNO ni takut juga doa Ulama-ulama orang-orang PAS. Bagi saya, Kalau pemimpin UMNO tak buat zalim, tak rasuah, tak seleweng wang rakyat, tak buat mungkar, tak hina dan tolak Hukum Islam. Apa yang nak dibimbangkan dan ditakuti kepada doa Ulama-ulamak dan Ahli PAS.

”Selama ni apa yang pimimpin-pemimpin UMNO dan bloggers-bloggers UMNO tak tuduh, tak fitnah, tak sesatkan PAS?

”Kenapa dok takut sangat? ke UMNO dok takut amaran Rasulullah. Sabda Rasul yang bermaksud:” Takutlah kamu doa orang-orang yang dizalimi, sekalipun orang yang dizalimi itu orang-orang kafir, kerana tidak ada hijab antara mereka dengan Allah.

”Ingatlah dan fahamilah wahai sahabat-sahabat ku ahli-ahli UMNO. Kami hanya mendoakan KEHANCURAN UMNO BN sajer,,,,, BUKANNYA KEHANCURAN AHLI2 UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. November 22, 2012 at 4:34 am

    Perjuangan PAS kini sudah jadi apa…..buat apa ada pengundi/penyokong PAS jika kepimpinan PAS tidak mahu memikul tanggung-jawab sebagai pemimpin(PM). Kemana perjuangan tentang negara Islam, Hudud, Keadilan dan Kebajikan hendak dihumbankan. Apakah PAS mengharapkan pada PKR-DAP untuk melaksanakannya…..
    Apa sebenarnya perjuangan PAS kini. Bersiasah dengan kebencian melampau terhadap UMNO/Melayu/Islam hanya untuk ke Putrajaya. Setelah kuasa siasah UMNO/Melayu/Islam pecah, kuasa mentadbir negara pula PAS ingin menyerahkan kepada mereka(DAP-PKR) yang terlihat kini tidak ada keadilannya.

    Semoga tidak menjadi kenyataan bahawa PAS itu hanya pecacai tegar/khadam bagi DAP-PKR.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: