Arkib

Archive for Disember 2012

PAR terima aduan berkaitan mangsa lemas

Disember 31, 2012 Tinggalkan komen

MERSING – Pelbagai ragam dan ‘feel’ terpaksa diterima ketika berhadapan dengan permasalahan orang ramai. Bagaimanapun Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau tetap meraikan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Terbaru, seorang pengadu menghubungi Penyelianya Ustaz Azam Razak yang dikatakan merupakan waris kepada mangsa lemas dalam insiden di pantai Air Papan semalam.

“Saya dihubungi oleh seorang perempuan minta tolong. Anak saudaranya adik Mohd Hafiz Bin Jamuladin yang menyertai rombongn dari Batu Pahat ke Air Papan Mersing telah Lemas ketika mandi-mandi di Pantai Air Papan yang masih tidak ditemui oleh pasukan mencari Bomba. Sama-sama kita berdoa semoga diberikan pertolongan dari Allah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam berhubung dua remaja lelaki dikhuatiri mati lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Air Papan, dekat Mersing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd. Nor Rasid berkata, Mohamad Hafis Jamuladin dan Muhamad Azhari Suranto, kedua-duanya berumur 17 tahun, yang berasal dari kampung Rahmat 1, Batu Pahat dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka tiba untuk berkelah di pantai terbabit pagi ini dengan rombongan bas yang disertai 40 anggota Persatuan Kompang Sinar Perkasa, Kampung Rahmat, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit sehingga petang ini masih belum menemui kedua-dua remaja itu.—

Advertisements
Kategori:Uncategorized

S Raman pula disantuni PAR

Disember 30, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – S Raman a/l Subramian, 48, seorang pemandu forklift kilang yang baru menjalani pembedahan usus November lepas mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas untuk menerima sumbangan kebajikan.

Menurut Setiausahanya, Abusiraj Almuner, Sejak menjalani pembedahan S Raman tidak mampu untuk berkerja dan beliau setakat ini masih belum ada pendapatan.

Malah, S Raman mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan sesi persekolahan yang kian hampir serta memerlukan kewangan untuk menyekolahkan anaknya.

“Kebajikan yang dilakukan oleh PAR permas tidak hanya kepada masyarakat melayu sahaja,ia meliputi segenap lapisan masyarakat yang memerlukannya. Niat bukan untuk meraih sokongan atau undi,ia dilakukan semata-mata sebagai tanggungjawap sosial terhadap masyarakat maupun yang lebih besar ingin memdapat pahala.

“Pusat Aduan Rakyat Permas telah mengunjung serta menghantar sumbangan kepada seorang lelaki India di kota putri masai bagi meringankan sedikit bebanan yang beliau tanggung.

“PAR permas perihatin dengan nasib yang memimpanya dan berusaha sedaya yang mampu untuk membantunya,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized

PAR PT Sulong sedia berkhidmat untuk rakyat

Disember 29, 2012 Tinggalkan komen


PARIT SULONG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Sulong,  Ustaz Ahmad Rosdi Bahari mempunyai keazaman tinggi ingin memberi khidmat terbaik buat rakyat sekitar Parlimen ini.

Menurut Setiausaha PAR Johor, Abusiraj Almuner, Ahmad Rosdi berkesempatan meluangkan masa menadah ilmu daripada Syed Othman yang terkenal aktif memperjuangkan nasib rakyat negeri ini. 

“(Dia) sanggup melapangkan masa untuk sampai ke Johor bahru dari Batu pahat semata-mata ingin mencari pendedahan dengan bimbangan serta tunjuk ajar dari Penyelia PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah.

“Beliau telah dibawa ke Biro pengaduan awam (BPA)bagi merasai sendiri pengalaman bagaimana membuat aduan permasalah rakyat kepada BPA,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PAR Johor diasaskan katanya, adalah untuk mendekati serta menyulami permasalahan rakyat dari segala aspek kehidupan.

Disamping itu, ia berfungsi  memberi khidmat kepada berbagai lapisan masyarakat agar masalah rakyat itu didengari.

“Sekiranya penyelia PAR seluruh Johor memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerak kerja PAR, tidak mustahil ia boleh memberi kepercayaan dan sokongan Rakyat marhaen kepada PAR khususnya PAS kerana ia bukan sahaja terlibat menyelesaikan masalah rakyat.

“Malah, ia juga merangkumi kebajikan rakyat keseluruhannya tidak kira idelogy politik,bangsa dan agama,” jelasnya lagi.

Kategori:Uncategorized

Baucer persekolahan, simbol keprihatinan PAS

Disember 28, 2012 Tinggalkan komen

image

MUAR – Bantuan sumbangan baucer persekolahan sempena dengan sesi baru persekolahan 2013 disifatkan sebagai simbol keprihatinan PAS.

Seramai 300 dikalangan anak keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan tersebut yang membabitkan dua kawasan Dean Undangan Ngeri (DUN) iaitu Maharani dan Sungai Balang.

Bagi penerima dari DUN Maharani, bantuan disampaikan oleh penyandangnya, Dr Mohamad Taslim.

Manakala, bagi DUN Sungai Balang pula, disampaikan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Muar, Malik Mohamed Diah.

Terdahulu, penyampaian sumbangan diacdakan di Pasaraya Sakan dekat sini, baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Nelayan dakwa bantuan diseleweng

Disember 27, 2012 Tinggalkan komen

image

MERSING – Beberapa orang Nelayan yang menerima bantuan baikpulih rumah fasa kedua di bawah Program Tabung Khas Perumahan Nelayan seliaan Majlis Pembangunan Partanian Parlimen Mersing (MP3) mendakwa peruntukan yang diterima telah diseleweng oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Azam Abd Razak, dibawah program bantuan ini, para nelayan menerima bantuan baikpulih rumah mereka dengan peruntukan sebanyak RM10,000 seorang, tetapi malangnya hanya memperolehi kira-kira RM4000 melalui barangan dan upah tukang.

Selain itu, kata Azam lagi, setiap resit barangan yang dihantar oleh pembekal barang-barang tidak tercatat sebut harga hingga nilai barangan tidak diketahui oleh mereka.

”Disamping itu ada diantara mereka di minta mencari tukang sendiri dan di minta membayar upah tukang itu terlebih dahulu tanpa jaminan bertulis daripada pihak berkaitan.

”Yang lebih menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka tentang nilai sebenar bantuan yang mereka terima daripada jumlah RM10,000 yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan,” katanya lagi.

Azam yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor memberitahu pihaknya telah menerima tiga aduan berhubung dengan insiden tersebut.

”Kesemua yang terbabit kami cadangkan kepada mereka agar membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Pejabat Perdagangan dan Pengguna.

”Kami percaya lebih ramai lagi rakan-rakan mereka yang terbabit akan tampil mengadu kepada PAR tentang permasalahan mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan yang di hantar kepada ibn bacoks.

Beliau berkata demikian ketika berkesempatan meruangkan masa untuk meninjau sendiri permasalahan rumah nelayan terbabit dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Mersing dan membuat aduan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Mersing.

Kategori:Uncategorized Tag:

Tubuhkan Unit Khas Khidmat nasihat pesakit

Disember 26, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang mendesak kerajaan UMNO melalui Datuk Ahmad Maslan agar mempertimbangkan cadangan penubuhan Unit Khas bagi pasakit yang terlantar di rumah.

Hal ini kerana menurut Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood melihatkan Kementerian Pertanian mampu menubuhkan unit sedemikian sebagai khidmat kepada pekebun kecil yang memerlukan bimbangan dan tunjuk ajar.

Katanya, masyarakat terbanyak memerlukan nasihat berkaitan kesihatan memandangkan ia merupakan asas kerukunan dalam kehidupan.

“Haji Sairin bin Haji sakim 65 tahun Kg. Pt. Pak Intan Kayu Ara Pasong, kemalangan jalan raya ketika hendak ke tempat kerja . Sudah terlantar selama 17 tahun akibat lumpuh seluruh anggota. Bekerja sebagai buruh di MPJB ketika itu.

”Dia diurus pelihara oleh kakak dan abang iparnya, setelah isteri beliau tidak sanggup untuk bersamanya lagi. Sedih dan pilu melihatkan keadaan nya .

”Semasa kejadian, berumur 48 tahun. Kalaulah Jabatan Pertanian miliki unit untuk lawat khidmat nasihat turun padang tinjau pekebun dan petani.

”Kenapa kerajaan BN melalui Kementerian Kesihatan tidak menubuhkan Unit Khas untuk khidmat nasihat berkala terhadap pesakit yang terlantar di rumah.

”Adakah kerana mereka sudah tidak boleh mendatangkan hasil lagi buat negara? Sebagaimana slogan ‘Pertanian Suatu Perniagaan’ untuk tingkat ekonomi semata-mata. Sedangkan kebajikan rakyat yang tidak berdaya dipinggirkan.

”Adakah kita lupa! Ketika sihatnya. Beliau juga terlibat dalam menyumbangkan tenaga untuk pembangunan negara.”’ katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Lagi Dialog mangsa ‘Janji tidak ditepati’

Disember 25, 2012 1 komen

MERSING –  Satu dialog isu tanah kurnia telah diadakan di kawasan perumahan Nelayan Kampung Penyabong, dekat sini, minggu lalu.

Menurut Ustaz Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, dialog bertujuan membincangkan permasalahan tanah kurnia yang dijanjikan oleh pihak kerajaan kepada para nelayan tersebut kira-kira 18 tahun lalu.

”Dialog bersama Peguam dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor serta PAR Dun Dun Endau diadakan atas permintaan para nelayan sendiri untuk membincangkan permasalahan tanah kurnia yang dijanjikan oleh pihak kerajaan untuk para nelayan tersebut 18 tahun lalu.

”Sekitar tahun 1994 seramai 78 orang para nelayan dari Endau dan Mersing telah di panggil ke Pejabat Daerah Mersing dalam majlis yang turut di hadiri YB dan Exco YB Sabariah untuk menjalani undian lot-lot tanah Pertanian yang mahu di kurniakan kepada mereka oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada ibn bacoks baru-baru ini.

Disamping itu katanya yang juga Penyelia PAR Endau, sebelum dari itu mereka telah dikurniakan rumah secara sewa-beli yg telah di bina di atas nama projek Perumahan Nelayan Contoh di Kampung Penyabong.

”Dalam usaha menaiktaraf hidup para nelayan ini pihak kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan mengurniakan mereka tanah kurnia dengan keluasan seekar setengah sehingga 4 ekar seorang untuk tujuaan pertanian.

”Setelah 18 tahun berlalu, para nelayan tersebut menanti dan menunggu geran hak milik tanah tersebut, tetapi tidak ada apa-apa berita. Salah seorang dari mereka Hassan bin Abdullah 81, telah bertemu dengan pihak pejabat Tanah Daerah Mersing dan membuat carian status tanah tersebut tetapi keputusannya mengecewakan.

”Kecewa dangan keadaan tersebut, ujarnya lagi, beliau bersama rakan-rakan yang lain mengambil keputusan mengadu permasahan mereka kepada kami.

Menurut Azam lagi, pihaknya bersetuju diadakan satu dialog Isu Tanah Kurnia ini dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat secara tepat dan jelas dari para nelayan yang terlibat.

Hal ini kerana katanya, kes mereka memakan masa yang panjang hingga ada sebahagiannya telah meninggal dunia.

”Hasil dialog tersebut satu jawatankuasa akan dibentuk untuk merangka tindakan-tindakan yang perlu bagi mengemukkan permasalahan ini kepada pihak-pihak yang berkaitan, termasuk pihak PAR merancang untuk membawa para nelayan terlibat bertemj MB Johor untuk menghantar memorendum.

”Antara ahli penal dialog tersebut adalah Saudara Syed Othman Syed Abdullah Penyelia PAR Negeri Johor, Peguam Ahmad Nizam Abd Hamed dari Kuantan dan Azam sendiri bertindak sebagai moderetornya,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: