Arkib

Archive for Disember 1, 2012

Lintas Langsung : Himpunan Kebangkitan Rakyat JOHOR

Disember 1, 2012 Tinggalkan komen

SRI GADING – Kehadiran kira-kira 20,000 orang memenuhi Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, di Parit Raja bagi mengikuti program Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, dekat sini malam ini.

 

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/c67.0.403.403/p403x403/189820_405065309567423_1612825662_n.jpg

LINTAS langsung : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.
”Johor yang saya tahu kubu Umno. Itu dulu. Maknanya apa yang disaksikan sekarang (Himpunan malam ini) sukar dimengertikan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tapi ditukar Perhimpunan Agung Anwar (kena hentam).
”Tapi dia tak faham. Ini dia (himpunan) ada Taurah kebangkitan rakyat. Ini bukan soal tokoh ini kesedaran rakyat, tuntut hak mereka.
”Malam ini (begitu ramai) di Johor. (kalau) Kedah, Kota Bharu tak heran. Ini Johor. Apa nak jadi ni. Alhamdulillah, ada fenomena kebangkitan rakyat. Ia di mana-mana. Tak (saya bersama) masyarakat India. Ingat tak ramai. 5-6 ribu berkumpul di Ulu Tiram,” katanya lagi.
 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/c67.0.403.403/p403x403/261531_405059162901371_1385124123_n.jpg
LINTAS langsung : KEJUTAN di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor. PENYERAHAN Borang keahlian daripada :1- Hj Ramlan Sariman, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
2- Hj Nasir Abdullah, mantan Timbalan Pengarah Institut Perguruan

Batu Pahat.
3- Hj. Mohd Said Junid, Pengarah eksekutif FELDA (P) Berhad
4- Dato Abdul Rahman Maidin
TAKBIR!
http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c67.0.403.403/p403x403/530975_405055339568420_1646880550_n.jpg
LINTAS langsung : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS memberi ucapan.”Gabungan BN sudah luput masa. Tidak sesuai diamalkan sekarang. Macam ubat yang luput masa. Kalau makan pening kepala.

”Kita bawa pendekatan melalui Pakatan Rakyat diatas konsep yang sama dalam perlembagaan Malaysia. Melalui Konvensyen yang diadakan oleh PR. (seperti) Kita bersetuju jadikan Islam agama persekutuan,” katanya lagi.
http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/c67.0.403.403/p403x403/12183_405048982902389_1548371116_n.jpg
LINTAS langsung : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor. Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP menyampaikan ucapan.
”BRIM harap sampai sasaran. Bukan untuk kroni. Wang subsidi kita ambil. BRIM kita ambil. Di Kelantan, ambil semua tapi bila mengundi, masa itu kita tunjukkan tak terima BN lagi.
Kategori:Uncategorized Tag:

Muhyiddin silap percaturan

Disember 1, 2012 Tinggalkan komen

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c0.0.403.403/p403x403/561746_234615213335563_398933932_n.jpg

PONTIAN – DR Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO telah tersilap percaturan disebalik kenyataan yang diutarakannya sebelum ini kerana bangsanya itu bukanlah Melayu ‘surat khabar’ lama peninggalan penjajah dan bukan Melayu di zaman Feudal.

“Tapi UMNO telah pun melakukan penodaan sejak dulu dan kini. Wahai Mohyiddin! adakah nilai murni Melayu lama sebagai pak turut yang menghalalkan nafsu besar para pemimpin serta pembesar Raja zaman silam yang saudara maksudkan?

“Kalau ini yang tuan maksudkan, tuan ternyata silap kerana Melayu hari ini bukan Melayu surat kabar lama peninggalan penjajah dan bukan Melayu di zaman Feudal,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang berbunyi Bahana Besar Ideologi Pembangkang dan mengajak rakyat bersama UMNO untuk pertahan nilai murni yang cuba di noda pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada para pemimpin UMNO agar tidak bermain dengan sentimen Melayu baru kerana pemikiran masyarakat kini jauh berubah berbanding dahulu.

“Usahlah bermain dengan sentimen Melayu baru yang lebih bijak dari tuan hamba serta rakan tuan hamba Melayu lama .

”UMNO sudah tidak relevan lagi. UMNO parti kampung tradisi Melayu lama. Saksikanlah dalam arus pembangunan negara, kampung naik taraf pekan dan bandar. UMNO pasti terkubur.

”Oleh itu, untuk memastikan UMNO terus relevan, pastikan orang Melayu terus buta huruf dan bergantung harap ehsan pemimpin UMNO.

”Kecuali Melayu yang berpegang teguh kepada Allah swt. Mereka tidak akan bergantung harap kepada UMNO,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: