Utama > Uncategorized > Muhyiddin silap percaturan

Muhyiddin silap percaturan


https://i2.wp.com/sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c0.0.403.403/p403x403/561746_234615213335563_398933932_n.jpg

PONTIAN – DR Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO telah tersilap percaturan disebalik kenyataan yang diutarakannya sebelum ini kerana bangsanya itu bukanlah Melayu ‘surat khabar’ lama peninggalan penjajah dan bukan Melayu di zaman Feudal.

“Tapi UMNO telah pun melakukan penodaan sejak dulu dan kini. Wahai Mohyiddin! adakah nilai murni Melayu lama sebagai pak turut yang menghalalkan nafsu besar para pemimpin serta pembesar Raja zaman silam yang saudara maksudkan?

“Kalau ini yang tuan maksudkan, tuan ternyata silap kerana Melayu hari ini bukan Melayu surat kabar lama peninggalan penjajah dan bukan Melayu di zaman Feudal,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang berbunyi Bahana Besar Ideologi Pembangkang dan mengajak rakyat bersama UMNO untuk pertahan nilai murni yang cuba di noda pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada para pemimpin UMNO agar tidak bermain dengan sentimen Melayu baru kerana pemikiran masyarakat kini jauh berubah berbanding dahulu.

“Usahlah bermain dengan sentimen Melayu baru yang lebih bijak dari tuan hamba serta rakan tuan hamba Melayu lama .

”UMNO sudah tidak relevan lagi. UMNO parti kampung tradisi Melayu lama. Saksikanlah dalam arus pembangunan negara, kampung naik taraf pekan dan bandar. UMNO pasti terkubur.

”Oleh itu, untuk memastikan UMNO terus relevan, pastikan orang Melayu terus buta huruf dan bergantung harap ehsan pemimpin UMNO.

”Kecuali Melayu yang berpegang teguh kepada Allah swt. Mereka tidak akan bergantung harap kepada UMNO,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: