Arkib

Archive for Disember 2, 2012

Sabotaj cat merah, petanda HKR Johor digeruni

Disember 2, 2012 Tinggalkan komen

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/487120_359149804181230_2027002251_n.jpg

SRI GADING – Tidak sampai dua jam berakhirnya program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), satu insiden sabotaj dikesan dengan melibatkan sebuah billboard PAS DUN Parit Raja telah disimbah cat merah dan sebuah kereta dipecahkan cerminnya.

Penganalisa politik negeri ini beranggapan, insiden ini tidak akan berlaku kecuali pihak tertentu mula memperlihatkan kegerunan yang membuak-buak ekoran kehadiran kira-kira 20,000 manusia pelbagai bangsa memenuhi Dataran Rakyat semalam.

Malah, dalam satu laporan akhbar Sinar Harian menyebut UMNO hanya fokuskan kepada agenda mempertahankan negeri ini dari dikuasai pembangkang melalui wakil Johor, Datuk Samsul Bari Jamali dari bahagian Ayer Hitam dalam Perhimpunan Agung UMNO nyata menggambarkan kecuakan itu tetap wujud di dalam sanubari mereka.

“Akhirnya ucapan berapi rapi pemimpin2 UMNO di PWTC telah di terjemahkan melalui cara ni oleh para pengikut fanatik mereka! #Gambar terbaru di Batu Pahat”  kata pemilik laman sosial Facebook bernama Andak.

Atau, penyandang kerusi Parlimen ini, YB Datuk Mohamad Aziz  terpaksa melalui dua mimpi buruk seperti  dikatakan telah ‘dimalukan’ dalam satu insiden di Melaka sebelum ini ketika sedang menyampaikan ceramah telah dikejutkan dengan kehadiran batu nisan.

Sementelahan, HKR yang diadakan di kawasannya itu barangkali memberi sedikit tekanan kepada ‘syaitan-syaitan yang dikenali’ sehingga bertindak di luar batasan.

Menurut laman Facebook Mtd Parit Raja, satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Parit Raja oleh Noor Khalim Sakib, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Raja menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Selesai membuat laporan Polis sekitar 2.45 pagi pd 2 Dis 2012, tentang kejadian Simbah Cat pd Billboard PAS serta kejadian pecah cermin kereta.

“Sekitar jam 2 pagi selepas progaram Himpunan Kebangitan Rakyat Johor D’ Parit Raja ,kami telah membuat laporan Polis tentang kejadian sebelum program (Kejadian simbah cat pd billboard PAS) serta kejadian selepas program (tingkap cermin salah seorang penonton himpunan telah dipecah)… foto ada di PAR parit Raja,” lapor Facebook Mtd Parit Raja.

Persoalannya, adakah Mohamad mahupun para pemimpin UMNO negeri ini fobia dengan siri-siri himpunan seperti HKR?

“Apa salahnya gambar ini? Mereka yg tidak bertanggungjawab telah bertindak tanpa menggunakan aqal utk buat provokasi kerana takut dgn Himpunan kebangkitan Rakyat,” tanya Aminolhuda Hassan, Penyelia PAR Parit Yaani merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/252272_392318067512289_1256234837_n.jpg

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/530351_392317984178964_41506663_n.jpg

Kategori:Uncategorized

Seloka sinikal Anwar di Parit Raja

Disember 2, 2012 Tinggalkan komen

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/64682_341157582648322_873491394_n.jpg

SRI GADING – “Tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” demikian seloka bernada sinikal yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia ketika menyampaikan ucapannya pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini, semalam.

Anwar berkata, dahulu negeri berjolokan Darul UMNO ini terlalu kuat buat parti itu, sebaliknya kini mentaliti itu telah dibenamkan dengan buktinya kehadiran lebih 20,000 manusia ke tapak program.

“Johor yang saya tahu kubu Umno. Itu dulu. Maknanya apa yang disaksikan sekarang (Himpunan malam ini) sukar dimengertikan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tapi ditukar Perhimpunan Agung Anwar (kena hentam).

”Tapi dia tak faham. Ini dia (himpunan) ada Taurah kebangkitan rakyat. Ini bukan soal tokoh ini kesedaran rakyat, tuntut hak mereka.
”Malam ini (begitu ramai) di Johor. (kalau) Kedah, Kota Bharu tak heran. Ini Johor. Apa nak jadi ni. Alhamdulillah, ada fenomena kebangkitan rakyat. Ia di mana-mana. Tak (saya bersama) masyarakat India. Ingat tak ramai. 5-6 ribu berkumpul di Ulu Tiram,” katanya lagi.

 

 

Kategori:Uncategorized