Utama > Uncategorized > Isu sabotaj : gambaran aksi ganas PRU 13?

Isu sabotaj : gambaran aksi ganas PRU 13?


simbah cat khalim

PONTIAN – Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang tidak menolak kemungkinan Pilihan raya Umum 13 (PRU) akan datang boleh berubah menjadi ganas andainya insiden provokasi dan sabotaj tidak dibendung secara profesional.

Beliau yang juga mantan Bendahari PAS Johor mempersoalkan tindakan sebegini kerana bimbang ada unsur-unsur kesengajaan yang cuba dirancang bagi memberi alasan untuk menangguhkan PRU kelak.

“Gambaran aksi ganas PRU mendatang. Jika tidak diatasi secara profesional, pasti akan berlaku keburukan. Atau provokasi sengaja di rancang bertujuan menggantung PRU atas alasan kekacauan. (Datuk Seri) Najib, (Tun) Mahathir pasti suka sebagai usaha (Untuk) kekal berkuasa.

“Kenyataan Mahathir menyentuh perkara ini berkaitan. Keanggotaan Majlis Keselamatan Negara dengan campur tangan Agong dan pihak yang berwajib secara kolektif melibatkan semua pemimpin utama kerajaan dan pembangkang mesti ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Ibn Bacoks semalam berhubung satu insiden sabotaj telah dikesan dengan melibatkan sebuah billboard PAS DUN Parit Raja telah disimbah cat merah dan sebuah kereta dipecahkan cerminnya seusai program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Parlimen Sri Gading semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar peranan yang dimainkan oleh mana-mana pihak perlu dihormati bagi mewujudkan kestabilan dalam negara.

“Peranan semua pihak mesti di hormati , kerana keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan sahaja , mentelah kerajaan yang ada semakin tidak mendapat kepercayaan rakyat serta hilang keupayaan.

“Jika benar semua pihak ikhlas sayang kepada negara tercinta ini. Ingatlah! Malaysia tanah air kita bersama. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud : Kasihkan watan sebahagian dari iman,” jelasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: