Arkib

Archive for Disember 5, 2012

Siasat segera tuduhan Musa – Suhaizan

Disember 5, 2012 Tinggalkan komen

KLUANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menggesa satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara sejak 2006 hingga 2010.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, Tan Sri Musa Hassan jelas menceritakan bagaimana Datuk Seri Hishamuddin memberikan arahan kepada seorang pegawai POLIS Junior di luar pengetahuannya sebagai Ketua POLIS Negara waktu itu.

Dalam satu kes berasingan tegasnya, Datuk Seri Hishamuddin telah memberikan arahan terus kepada seorang Ketua POLIS Daerah.

Amalan ini katanya, bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh Ketua POLIS Negara dan bukannya Menteri Dalam Negeri.

“Tuduhan ini amat serius dan memberi kesan besar terhadap kredibiliti pasukan POLIS Di Raja Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Hishamuddin perlu meletakkan jawatan bagi membolehkan satu siasatan yang telus dan bebas di buat untuk,¬†Pertama, Menentukan kesahihan tuduhan yang di kemukakan oleh Tan Sri Musa Hassan ini.

“Kedua,¬†Seandainya tuduhan ini benar, satu tindakan yang tegas perlu di ambil terhadap Datuk Seri Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri atas tindakan yang sangat tidak wajar yang mampu menjejaskan reputasi dan nama baik Pasukan POLIS Di Raja Malaysia,?katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini bertarikh 28 Nov 2012 yang disiarterbit pada jam 5.07 petang berhubung pendedahan bekas ketua Polis Negara itu selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang, dekat sini semalam.

Hadir sama, Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor, Khalid Salikan, exco DPPNJ dan Mohd Fakizul Ahmad, Exco DPPNJ.

Sehubungan itu, pihaknya amat mengharapkan agar siasatan secara adil dan bebas dapat dibuat untuk menyelamatkan Malaysia dari imej yang buruk di mata masyarakat dunia.

Kategori:Uncategorized