Arkib

Archive for Disember 10, 2012

Kedudukan Hamid Albar di Kota Tinggi tergugat?

Disember 10, 2012 1 komen

KOTA TINGGI – Barangkali Tan Sri Syed Hamid Albar, penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi resah dengan perkembangan pakatan pembangkang yang kian melata di daerah itu.

Terbaru, satu program rakyat berjaya dianjurkan dengan dihadiri bekas menteri besar Perak telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Turut bersama Majlis Makan Malam bersama Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat Kawasan Kota Tinggi. Antara tokoh Pakatan yang berucap di Dewan Chon Moi Kota Tinggi, YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, YB Ang Sui Lee Adun Sekincang Selangor dan YB Jason Ong Adun Kebun Bunga Pulau Pinang.

“Program itu telah mendapat sambutan yangg amat memberangsangkan daripada rakyat pelbagai kaum sekitar daerah Kota Tinggi,” kata Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Katanya lagi, angin perubahan bertiup begitu kencang di seluruh negara termasuklah bumi Kota Tinggi daerah yang dikatakan UMNO terkuat di Malaysia.

“Ini petanda malang buat UMNO, buat pemimpin UMNO tidak lena tidor. Kalau dulu mereka boleh tipu rakyat dengan pelbagai isu, memburuk pakatan dengan pelbagai isu, tapi sekarang rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi. Jom Ubah Sekarang Selamat Malaysia,” katanya lagi.

 

Kategori:Uncategorized Tag:

70 % penjawat awam sokong PR di Perak

Disember 10, 2012 Tinggalkan komen

GELANG PATAH – UMNO-BN bakal berpatah arang dalam mempertahankan kerajaannya di Perak berikutan kira-kira 70 peratus sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah terdiri daripada kakitangan awam negeri itu, dakwa YB Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

“Pakatan Rakyat sudah siap sedia menang balik Negeri Perak, kerana terdapat 70% kakitangan kerajaan sokong Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jamuan Makan Malam anjuran Keadilan Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau menyelar kenyataan para pemimpin UMNO yang mahukan rakyat menyokong mereka sedangkan parti itu berdepan dengan kemelut rasuah dan salah guna kuasa.

“kata-kata Najib dan Mahathir rakyat tak perlu “Ubah” kerana sudah dapat apa yang dikehendaki. (sedarlah) Rakyat nak sebuah kerajaan yang tidak rasuah. Tapi semua orang tahu kerajaan sekarang memang korupt tak kira besar atau kecil,” tegasnya lagi.

Kategori:Uncategorized