Utama > Uncategorized > ‘Ambil alih’ tanah tidak menguntungkan rakyat

‘Ambil alih’ tanah tidak menguntungkan rakyat


JOHOR BAHRU – Timbalan Setiausaha Agong PKR, Steven Choong berkata, model pengambil alihan tanah yang melibatkan rakyat di Pengerang hari ini adalah mengikut model Second Link.

Tambahnya lagi yang juga merangkap Pengerusi Jabatan Pilihan raya Negeri (JPRN) Johor, model seumpama ini sudah tentu tidak berpihak kepada rakyat.

“Jikalau penduduk di sana tidak dipindah dan baru jual tanah sekarang, semua penduduk dah jadi jutawan besar. Tetapi sekarang mereka tidak mampu beli rumah di sekeliling Second Link.” katanya lagi dalam satu kenyataan yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Steven Choong berkata demikian semasa memberikan ucapan pada Jamuan Makan Malam anjuran Anak Muda Keadilan (AMK) Keadilan Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada tahun 90-an, kerajaan guna Projek Second Link secara ‘dalih’ sehingga mengorbankan kira-kira 20,000 ekar tanah akan tetapi yang diperlukan hanya 100 ekar sahaja.

“Sekarang, Kerajaan nak mengambilalih sebanyak 20,000 ekar tanah demi Projek RAPID di Pengerang. Tetapi rancangan projek itu cuma perlu 2,000 ekar lebih,” dakwanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan alasan ingin meningkatkan keselamatan jalan raya dengan meluluskan projek AES sedangkan kos penyelenggaraanya itu sepatutnya disalurkan kepada memperbaiki jalan yang berlubang.

“Jikalau Kerajaan nak meningkatkan keselamatan jalanraya, mereka boleh membiayai kos AES demi memperbaiki jalan-jalan yang berlubang di sana-sini dan mendidik pemandu motorsikal mengguna jalanraya secara baik,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: