Arkib

Archive for Disember 12, 2012

Lagenda ‘Kebangkitan Perdana Rakyat’ bakal tercipta

Disember 12, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Lagenda “Kebangkitan Perdana Rakyat’ akan tercipta lagi apabila dilihat kesungguhan petugas Pakatan Rakyat (PR) yang bekerja bertungkus lumus untuk menumbangkan UMNO-BN, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Katanya lagi, lagenda itu boleh dicapai kerana melihatkan mutakhir ini negara heboh berhubung berita Pelaburan di Iskandar Malysia Johor cecah nilai RM28 bilion.

Katanya lagi, rakyat Johor diingatkan agar jangan mudah ghairah dengan angka yang sebegitu besar.

”Pengalaman lalu banyak mengajar kita . Masih segar dalam ingatan, iaitu isu rasuah perebutan tender pada peringkat permulaan projek tersebut.

”Inilah yang berterusan menghantui pemikiran rakyat. Disebalik projek mega, ada golongan yang mengaut keuntungan . Rakyat terus di perkudakan. Taraf hidup rakyat masih serupa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang terkenal dengan Pak Ungku berkata lagi, rakyat dapat saksikan dalam kerajaan BN terus mencipta projek baru, bagaimanapun mereka gagal memelihara penerusan projek lama .

”Sebagai contoh apa jadi pada Projek Water Front City? keghairahan Danga Bay?, terbengkalai akhirnya . Kesesakan jalan berterusan berlaku di sekitar Bandaraya JB , dulu kini, apa tindakannya ? .

”Adakah kegilaan mewujudkan projek baru bertujuan untuk mereka mengaut kekayaan segera?.

”Sejauh mana nasib rakyat di persekitaran? adakah mereka dapat berkongsi kekayaan tersebut?. Atau terus di bolot oleh puak-puak mereka bersama golongan kapitalis yang menjadi kroni dan proksi mereka .

”Sungguh kasehan hamba rakyat yang rata-rata berpendapatan rendah, meredah pagi pulang malam, menjalani hidup yang dipaksakan ke atas mereka untuk mengimbangi kos hidup seharian yang terus meningkat.

”Dari barangan keperluan harian hingga harga rumah kediaman, kenderaan, utiliti dan sebagainya.

”Berbeda dengan negara maju, pendapatan rakyat tinggi, kos kehidupan mereka rendah.

Justeru, katanya lagi, adalah suatu yang tidak mustahil dengan apa yang dikecapi oleh rakyat di negara maju boleh berlaku kepada rakyat negara ini.

”Semua ini akan berjaya dikecapi oleh rakyat. Dalam sebuah negara demokrasi telus bebas dimana pemimpin sebagai hamba dan rakyat sebagai tuan.

”Sebaliknya di Malaysia, amalan dulu kini, pemimpin sebagai tuan, rakyat hambanya,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ganjil, provokasi hanya kerap di Kesan di tempat Melayu

Disember 12, 2012 Tinggalkan komen

Siri Provokasi dan sabotaj yang sering dialami telah melahirkan satu keganjilan apabila kekerapannya dikesan telah dilakukan oleh sebuah parti perkauman Melayu yang berseteru dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sedangkan, apabila penganjur sesebuah ceramah mengadakan programnya bersebelahan dengan pejabat sebuah parti perkauman selain Melayu, kita boleh saksikan yang mana keadaannya tenang dan tiada sebarang provokasi.

Tidakkah kita semua lupa seperti insiden terbaru yang melibatkan sebuah billboard milik PAS disimbah cat di Parit Raja gara-gara bengang dengan kehadiran lebih 20,000 rakyat yang berhimpun di Dataran Pt. Salleh Ros baru-baru ini.

“Pada sebelah pagi tadi ceramah Pakatan rakyat pasir Gudang di Plentong dekat kedai kopi cina,walaupun ceramah tak jauh dari bilik gerakan MCA tetapi tiada provokasi dari pihak mereka berbeza dengan UMNO ketika kami ceramah di Seri Alam bulan lepas mereka buat provokasi yang melampau terhadap ceramah Pakatan,” kata Syed Othman Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas.

Justeru, bilakah insiden tidak bertamadun seperti ini akan berakhir?

Kategori:Uncategorized Tag: