Utama > Uncategorized > Ahmad Maslan dicabar jangan lari berdepan dialog

Ahmad Maslan dicabar jangan lari berdepan dialog


PONTIAN- Datuk Ahmad Maslan dicabar supaya tidak berselindung lagi dengan pelbagai alasan diatas jemputan dialog para nelayan Pontian yang mahukan sesuatu daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, program itu yang dijadualkan pada hari jumaat ini dijangka hangat kerana pelbagai isu akan diutarakan bagi memberi peluang kepada penyandang kerusi Parlimen Pontian itu untuk menjawabnya.

Majlis yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan dijangka akan membangkitkan isu seperti perebutan dan meroboh blok bangunan aktiviti nelayan dan keluhan pantai Sanglang laut.

“Majlis diaolg para nelaya dengan ahli Parlimen Pontian, dan agensi berkaitan yang diatur oleh badan bertindak dan parti politik Parlimen Pontian bersama Persatuan Nelayan Pontian. Dijangka hangat berkaitan isu rebut dan roboh blok bangunan aktiviti nelayan, peruntukan baiki rumah nelayan RM10,000, tanah rizab seluas 120 ekar di Sanglang Laut yang dipindah milik oleh Pejabat Tanah, hakisan hutan bakau, keluhan nelayan pantai Sanglang laut. Dialog ditetapkan pada 14/12/12.

Bagaimanapun, dengan bernada sinikal Dr Ungku menyarankan kepada Ahmad agar tidak sibuk dengan pelbagai perasmian program yang remeh seperti merasmikan sungai sebaliknya berani turun padang mendengar masalah rakyat.

“Semoga ahli Parlimen Pontian yang sibuk. Merasmikan pelbagai majlis saban minggu tidak akan menguzurkan diri merasmikan majlis dialog ini.

”Kerana beliau dan agensi terlibat telah gagal hadir pada dialog tangani isu penempatan penduduk Seri Dungun yang pernah dianjurkan dulu. Semoga tidak berulang. Jangan gusar hadapi rakyat,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: