Arkib

Archive for Disember 14, 2012

Lintas Langsung : Adik Salahuddin Ayub turun padang

Disember 14, 2012 Tinggalkan komen

image

TANJUNG PIAI – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tanjung Piai, Ghazely Ayub malam ini bersama sukarelawannya berada di sekitar DUN Kukup bagi menjayakan program ‘Calon turun padang’.

Ghazely yang juga Ketua Penerangan PAS Johor disebut-sebut antara calon yang bakal dipertaruhkan PAS bagi memberi saingan kepada UMNO-BN di negeri ini.

Sebanyak 30 bungkusan nasi beserta risalah telah di edarkan kepada sasaran yang terdiri daripada pengawal keselamatan di Parlimen ini.

Hadir sama, Norazid Mohd Noh, Setiausaha PAS Tanjung Piai dan Rusly, Ketua Pemuda Tanjung.

image

image

image

image

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR PERMAS guna Teknik baru sampaikan maklumat

Disember 14, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan teknik baru dalam penyampaian maklumatnya dan kenderaan pacuan 4 roda digunakan bagi tujuan itu.

Menurut Setiausahanya, Abusiraj Almuner, Pakatan Rakyat khususnya Pas sekian lama menyampaikan mesej penerangan semasa melalui ceramah kebiasaannya disamping memiliki akhbar bagaimanapun penerbitannya adalah terhad.

Malah, katanya lagi, Segala saluran sejak dulu tidak dibenarkan dan ditutup rapat hingga dibataskan oleh ‘syaitan’ dikenali agar maklumat serta penerangan tidak sampai kepada rakyat.

“Tidak seperti parti pemerintahan UMNO BN yang menguasai media cetak dan elektronik tanpa batas digunakan untuk kepentingan mereka hingga diperkudakan untuk menghentam dek musuh hingga lunyai demi kesempitan idology politik mereka.

Sebentar tadi mengunakan keadah baru Pas kawasan Pasir gudang mengorak langkah mengadakan ceramah bergerak Pakatan rakyat diatas kenderaan 4 roda.Diadakan di pasar malam Taman rinting bermula pukul 7.30 malam tadi dengan ceramah dimulakan dengan bakal calon Dun Permas Syed Othman Abdullah.

Antara yang berceramah termasuklah wakil PKR pasir gudang Jimmy Puah dan ketua pemuda DAP Negeri Johor Tan hong ping.Ini adalah yang kali kedua ceramah umpama ini diadakan oleh PAS kawasan Pasir gudang sebelumnya ia dimulakan pertama kalinya di pasar malam taman mawar.

Difahamkan, pada program yang sama, petugas parti bergerak ke sekitar pasar malam untuk mengedarkan kad calon kepada pengunjung serta peniaga di pasar malam tersebut.

“Sambutan yang diterima dari masyarakat sebentar tadi menampakkan mood rakyat yang berbeza sekiranya dibandingkan dengan dahulu.

“Program ceramah bergerak ini akan diteruskan di destinasi tapak pasar malam yang sudah dirancang hingga bubarnya parlimen Malaysia nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu Dakwaan Musa : Lagi laporan Polis dibuat

Disember 14, 2012 Tinggalkan komen

MERSING – Laporan Polis bertalu-talu telah dibuat berhubung dakwaan Tan ¬†Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara terhadap Dato’ Seri Hishamudin¬†Tun Hussein yang dikatakan campur tangan dalam urusan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terbaru, PAS Kawasan Mersing melalui Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Kawasan bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Azam Abdul Razak membuat laporan di Balai Polis Daerah Mersing, dekat sini, baru-baru ini.

“Sebagaimana dakwaan yang buat oleh Tan Sri Musa dalam sidang media tempohari dan terbaru semalam, Beliau mendakwa Menteti Dalam Negeri memberikan arahan kepada seorang pegawai Plois Junior di luar pengetahuan beliau, dan dalam kes lain pula Dato Seri Hisyamuddin telah memberikan arahan terus kepada seorang Ketua Polis Daerah.

“Tindakan ini adalah amat bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis ( 1967 yang mengatakan bahwa arahan dan kawalan pihak adalah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya Menteti Dalam Negeri.

“Kami desak Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hisyamuddin meletak jawatan dan suatu disiasatan terbuka dilakukan oleh kerajaan, demi menjaga nama baik dan imej pihak berkuasa tersebut,” demikian bunyi laporan yang dibuat.

Kategori:Uncategorized