Utama > Uncategorized > Indeks rasuah retorik sebab ramai pengamalnya

Indeks rasuah retorik sebab ramai pengamalnya


PONTIAN – Usaha kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk membanteras rasuah di negara ini tidak serius dan dianggap retorik, demikian kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Dalam situasi begini katanya, masih lagi terdapat golongan yang kasih dan setia menyokong pemimpin kerajaan UMNO-BN. Mereka bukan sahaja terdiri dari rakyat biasa, malahan golongan terpelajar dan ahli agamapun terus memberikan sokongan.

“Inilah antara yang menyebabkan usaha membanteras rasuah di negara ini sebagai retorik.

“Rakyat khususnya bangsa Melayu memiliki sikap yang sangat berberhati-hati sehingga tidak mampu bertindak pantas dalam melakukan perubahan.

“Sikap tunggu dan lihat serta ragu orang Melayu menyebabkan pemimpin UMNO beroleh kesempatan seterusnya berjaya mengekalkan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ungku Mohd Noor berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang bertitah Rasuah di Malaysia masih menghadapi persepsi negatif dalam sebuah akhbar sebelum ini.

Raja Nazrin dilaporkan kesal dengan usaha perangi rasuah masih retorik.

“Usaha menghapuskan rasuah yang kerap kali dilaungkan banyak pihak diisytiharkan wajib diperangi masih berlegar di peringkat retorik, piagam, undang-undang deklarasi dan kenyataan untuk menghapuskan rasuah terus diperkenalkan, Namun pengamal rasuah terus bertambah,” titahnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: