Utama > Uncategorized > Ahmad Maslan gagal sahut cabaran berdialog

Ahmad Maslan gagal sahut cabaran berdialog


PONTIAN – Kegagalan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO menghadiri dialog bersama penduduk sekali lagi memperlihatkan rendahnya tahap keprihatinan ahli Parlimen itu terhadap para pengundinya di situ.

Menurut, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang,  Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, pihaknya sudah menjangkakan program yang dijadualkan berlangsung jumaat lepas tidak mendapat sambutan daripada Ahmad memandangkan dialog seumpama ini pernah dianjurkan sebelumnya.

“Sudah dijangka pihak berkaitan (Datuk Ahmad Maslan) tidak berani berhadapan dengan isu roboh blok aktiviti Persatuan Nelayan Pontian. Yang hadir di majjlis dialog semalam hanya pihak Polis, Jabatan Perikanan dan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibn Bacoks sebelum ini pernah melaporkan Datuk Ahmad Maslan dicabar supaya tidak berselindung lagi dengan pelbagai alasan diatas jemputan dialog para nelayan Pontian yang mahukan sesuatu daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor lagi, program itu yang dijadualkan pada hari jumaat lepas hangat kerana pelbagai isu akan diutarakan bagi memberi peluang kepada penyandang kerusi Parlimen Pontian itu untuk menjawabnya.

Majlis yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan dijangka akan membangkitkan isu seperti perebutan dan meroboh blok bangunan aktiviti nelayan dan keluhan pantai Sanglang laut.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: