Arkib

Archive for Disember 25, 2012

Lagi Dialog mangsa ‘Janji tidak ditepati’

Disember 25, 2012 1 komen

MERSING –  Satu dialog isu tanah kurnia telah diadakan di kawasan perumahan Nelayan Kampung Penyabong, dekat sini, minggu lalu.

Menurut Ustaz Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, dialog bertujuan membincangkan permasalahan tanah kurnia yang dijanjikan oleh pihak kerajaan kepada para nelayan tersebut kira-kira 18 tahun lalu.

”Dialog bersama Peguam dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor serta PAR Dun Dun Endau diadakan atas permintaan para nelayan sendiri untuk membincangkan permasalahan tanah kurnia yang dijanjikan oleh pihak kerajaan untuk para nelayan tersebut 18 tahun lalu.

”Sekitar tahun 1994 seramai 78 orang para nelayan dari Endau dan Mersing telah di panggil ke Pejabat Daerah Mersing dalam majlis yang turut di hadiri YB dan Exco YB Sabariah untuk menjalani undian lot-lot tanah Pertanian yang mahu di kurniakan kepada mereka oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada ibn bacoks baru-baru ini.

Disamping itu katanya yang juga Penyelia PAR Endau, sebelum dari itu mereka telah dikurniakan rumah secara sewa-beli yg telah di bina di atas nama projek Perumahan Nelayan Contoh di Kampung Penyabong.

”Dalam usaha menaiktaraf hidup para nelayan ini pihak kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan mengurniakan mereka tanah kurnia dengan keluasan seekar setengah sehingga 4 ekar seorang untuk tujuaan pertanian.

”Setelah 18 tahun berlalu, para nelayan tersebut menanti dan menunggu geran hak milik tanah tersebut, tetapi tidak ada apa-apa berita. Salah seorang dari mereka Hassan bin Abdullah 81, telah bertemu dengan pihak pejabat Tanah Daerah Mersing dan membuat carian status tanah tersebut tetapi keputusannya mengecewakan.

”Kecewa dangan keadaan tersebut, ujarnya lagi, beliau bersama rakan-rakan yang lain mengambil keputusan mengadu permasahan mereka kepada kami.

Menurut Azam lagi, pihaknya bersetuju diadakan satu dialog Isu Tanah Kurnia ini dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat secara tepat dan jelas dari para nelayan yang terlibat.

Hal ini kerana katanya, kes mereka memakan masa yang panjang hingga ada sebahagiannya telah meninggal dunia.

”Hasil dialog tersebut satu jawatankuasa akan dibentuk untuk merangka tindakan-tindakan yang perlu bagi mengemukkan permasalahan ini kepada pihak-pihak yang berkaitan, termasuk pihak PAR merancang untuk membawa para nelayan terlibat bertemj MB Johor untuk menghantar memorendum.

”Antara ahli penal dialog tersebut adalah Saudara Syed Othman Syed Abdullah Penyelia PAR Negeri Johor, Peguam Ahmad Nizam Abd Hamed dari Kuantan dan Azam sendiri bertindak sebagai moderetornya,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: