Utama > Uncategorized > Lagi permintaan nelayan tidak dilayan

Lagi permintaan nelayan tidak dilayan


image

MERSING – Sebahagian besar para nelayan dari kampung Sri Lumpur, Kampung Bahgia dan Jalan Md Arif dekat sini, kecewa apabila penempatan yang diusulkan selama ini tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi itu berjaya dikesan oleh Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau dan satu memorandum akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Sebahagian daripada nelayan ini bersama sebahagian penduduk dari kampung Sri Lumpur, Kampung Bahgia dan Jalan Md Arif telah mengadakan pertemuan dengan saya selaku Penyelia PAR Dun Endau untuk menyuarakan masalah.

“Mereka mengharapkan PAR membantu memperjuangkan isu penempatan mereka ini, agar YB-YB yang ada dan pihak Kerajaan dapat buka mata melihat kesengsarasn dan kedhaifan hidup mereka.

“Menurut mereka dah lebih 40 tahun mereka hidup di dalam kawasan berpaya dan berbecak, lebih menyedihkan apabila menghadapi musim tengkujuh dan hujan, dan lebih teruk lagi kalau bertembung dengan air pasang besar yang menyebabkan lempahan air memenuhi ruang dapur rumah-rumah mereka, dan menyebabkn banyak kerosakan harta benda.

“PAR Dun Endau akan melihat isu dengan serius dan akan berbincang untuk memgambil tindakan yang perlu termasuk menghantar memorendum mendesak MB Johor menyelesaikan isu penempatan mereka,” demikian kata Penyelianya, Azam Hj. Abd Razak dalam satu kenyataan yang di hantar kepada Ibn bacoks semalam.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: