Utama > Uncategorized > Kegigihan Rokiah dapatkan pemeriksaaan dikagumi PAR

Kegigihan Rokiah dapatkan pemeriksaaan dikagumi PAR


PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulau Sebatang melahirkan kekesalan terhadap Datuk Ahmad Maslan kerana dilaporkan sehingga kini belum menampakkan sebarang usaha untuk menaik taraf Hospital di daerah ini menyebabkan ramai dikalangan penduduk ‘kempunan’ dengan kemudahan yang serba lengkap.

Menurut Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, insiden yang dialami oleh Rokian Sarbini, 58, sepatutnya menjadi perhatian semua pihak yang gigih berulang alik menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun terpaksa mengunakan kerusi roda.

“Puan Rokiah Sarbini 58 tahun dari Kg.Jawa Ulu, Air Baloi, suri rumah, tinggal bersama suaminya yang juga tidak begitu sihat. Kegigihan beliau menjalankan urusan harian sebagai suri rumah di atas kerusi roda mengkagumkan kami.

“Beliau telah menggunakan kerusi roda tersebut sejak 10 tahun dulu selepas di serang sakit lutut menyebabkan dia tidak dapat berdiri dan berjalan.

“Satu lagi contoh kes yang tidak sepatut nya berlaku, jika terdapat sebuah Hospital yang lengkap bersama tenaga pakar di Pontian. Jarak rumah yang jauh di pendalaman kira-kira 14km untuk berulang alik bagi mendapatkan rawatan ulangan cukup meletihkan beliau kerana tiada perubahan sehingga berputus asa untuk terus ke Hospital .

“Untuk merujuk kes beliau bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Johor Bahru ketika itu mungkin menyulitkan sehingga tiada arahan serta usha di lakukan ke arah itu, menyebabkan beliau hanya menerima rawatan di peringkat Hospital Daerah yang serba kekurangan .

“Inilah kerugian yang menimpa rakyat marhain, orang kampung, terlepas dari menikmati kemudahan serta kecanggihan dunia perubatan seperti orang lain. Pasti tidak akan berlaku kepada isteri pemimpin negara. ‘Rakyat didahulukan hanya sloga’,” kataya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: