Utama > Uncategorized > PKR yakin menang 14 kerusi di Johor

PKR yakin menang 14 kerusi di Johor


image

JOHOR BAHRU – PKR negeri mengulangi keyakinannya bahawa dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti, sasaran lapan hingga 14 kerusi mampu memberi kejutan kepada UMNO-BN.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Chua Jui Meng, keyakinan berkenaan bersandarkan maklumat yang diteimanya mengenai sokongan akar umbi ke atas parti itu.

“Maklumat yang diperolehi itu adalah menerusi aktiviti turun padang dan ceramah di seluruh negara, justeru kita yakin akan mendapat cukup kerusi untuk menjadi kerajaan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Agung PKR merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan raya Negeri, Steven Chong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat merangkap Ketua Penerangan Negeri, Syed Hamid Ali dan barisan kepimpinan parti itu.

Sementara itu, Steven Chong menyeru pengundi supaya keluar mengundi awal untuk mengelakkan sebarang penyelewengan pilihan raya.

“Jika ia boleh mencapai 90 peratus dan pengundi yang bekerja di luar bandar boleh balik mengundi, ia akan mengurangkan kesan kecurangan pilihan raya.

“Bagi rakyat Malaysia, pilihan rayalah tidak boleh diabaikan kerana undi setiap pengundi akan menentukan masa depan kita,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: