Utama > Uncategorized > Cadangan bina tapak lupus sampah dibantah penduduk

Cadangan bina tapak lupus sampah dibantah penduduk


image

BATU PAHAT – Satu bantahan telah dibuat bagi menyuarakan bantahan berhubung cadangan pembinaan tapak pelupusan sampah sanitari oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), dekat sini, semalam.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, Badan Bertindak Selamatkan Bukit Payong yang mewakili penduduk dari 15 kampung tradisional Bukit Payong telah menyerahkan bantahan kepada Yang Dipertua MPBP, Abd Rashid Ismail.

Katanya lagi, seluas 40 hektar tanah akan terlibat dengan cadangan pembinaan tapak berkenaan dan ia tidak sesuai memandangkan penempatan penduduk terlalu hampir dengannya.

Aminolhuda yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor berkata, jarak tapak berkenaan berada sekitar 1.79 kilometer sahaja dari Kampung Kangkar Merlimau dan 2.14 kilometer dari Kampung Mohd. Nor.

Katanya, penduduk bimbang akibat pembinaan projek itu boleh menyebabkan bahan sisa sampah akan mengalir ke kampung dan taman perumahan berhampiran terutamanya ketika waktu hujan.

“Jika berlaku, ia boleh menjadi beban kepada penduduk yang tsrdedah kepada kesan toksik, bau, pembiakan vektor berbahaya, pencemafan air dan udara serta kekesakan lalu lintas,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: