Utama > Uncategorized > Majistret tangguh perbicaraan kes

Majistret tangguh perbicaraan kes


image

MERSING – Gara-gara lambat menghantar peguam yang melibatkan satu perbicaraan mahkamah yang melibatkan para peserta Program Tanam Semula Komersil (TSK) Jamaluang 1 dan 2 dengan Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) menyebabkan perbicaraan kes itu ditangguhkan.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Azam Abd Razak, kes ini telah telah berlarutan sehingga setahun malangnya, hari yang dinantikan terpaksa ditunda akibat kecuaian RISDA.

“Pagi ini saya, di mahkamah Mersing memberikan sokongan moral kepada peserta TSK Jemuluang yg di ketuai Tn Hj Abd Rahman Yusof merangkap Naib Pengerusi DAP Mersing, kes Risda saman peserta, kes ini dah berlarutan lebih setahun.

“Sepatutnya hari ini pihak Majistret akan putuskan kes itu hari ini, tetapi di sebabkan Peguam yang mewakili Risda telah lewat menghantar pembelaan bertulisnya kepada Majistret.

“Maka beliau menangguhkan sehingga minggu depan untuk buat keputusan kes ini, Peserta diwakili oleh peguam muda Fadhli Bin Ramli.

“Yang menariknya, apabila kami keluar saja dari Mahkamah, tiba-tiba muncul tiga orang, sibuk-sibuk dok ambik gambar kami. Macamlah kita semua buat jenayah, sehingga ditegur oleh peguam Fadhli,” katanya lagi kepada media di pekarangan mahkamah, Jalan Ahmad, dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan,Ibn bacoks sebelum ini pernah melaporkan para peserta TSK Jamaluang 1 dan 2 boleh menarik nafas lega apabila Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)

Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dilaporkan berkata, para peserta yang diwakili peguam Mohd Fadhly Ramly itu, menyifatkan perbicaraan kes yang memakan masa yang amat panjang akhirnya membuahkan hasil dan sekaligus memberi kemenangan kepada mereka.

Ustaz Azam yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing turut menyatakan penghargaan kepada peguam TSK kerana berjaya memenangi kes tersebut.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: